Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

GTA 6: Peminat Yakin Trailer 3 Akan Tiba November Ini

by Iffah Najwa
October 21, 2025
in Games, PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Petunjuk Tersembunyi Dalam Trailer Sebelum Ini?

Hype untuk Grand Theft Auto 6 (GTA6) nampaknya belum reda, dan komuniti kini yakin mereka telah menemui akan tarikh pelancaran Trailer 3.

Menurut laporan GameRant, ramai peminat percaya tarikh 8 November 2025 bukan sekadar tekaan kosong tetapi mungkin sudah tersirat dalam trailer kedua yang dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Dalam trailer tersebut, jam tangan watak utama, Jason, memaparkan masa “11:08”. Sekilas pandang nampak seperti masa biasa dalam permainan. Namun, ramai mendakwa ia sebenarnya mewakili 11/08, iaitu 8 November.

Many are speculating that November 8th is the date rockstar has planned to release trailer 3
byu/deep_fried_cheese inGTA6

Tambahan pula, tarikh itu menandakan ulang tahun kedua kepada pengumuman trailer pertama, menjadikan teori ini semakin kuat dalam kalangan peminat.

Teori Kuat Disebabkan Tarikh Laporan Kewangan

Apa yang menambah lagi kepercayaan terhadap teori ini ialah tarikh 6 November 2025, syarikat induk Rockstar Games, Take-Two Interactive, dijangka mengadakan laporan kewangan suku tahunan.

Walaupun sesi seperti ini jarang mendedahkan info baharu, ada sejarah di mana trailer atau pengumuman penting dibuat beberapa hari sebelum laporan dikeluarkan bagi menaikkan semangat pelabur dan nilai saham.

GTA 6 Ditetapkan Untuk Mei 2026

Setakat ini, Rockstar telah menetapkan tarikh rasmi pelancaran GTA 6 pada 26 Mei 2026 untuk konsol PlaySation 6 dan Xbox Series X/S.

Walaupun ada yang masih ragu-ragu sama ada tarikh ini akan ditunda lagi, ramai percaya studio tersebut sudah bersedia menepati sasaran kali ini.

Dalam masa yang sama, isu harga turut menjadi topik hangat dengan beberapa khabar angin menyebut permainan ini mungkin diual pada harga RM422.40 (USD100).

Namun begitu, laporan terkini menunjukkan Rockstar lebih cenderung mengekalkan harga standard RM295.68 (USD70) seperti permainan AAA lain.

Jikalau benar teori komuniti ini, bulan November berpotensi menjadi waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat GTA diseluruh dunia.

Mungkin trailer 3 akhirnya akan menjawab segala persoalan yang tidak terjawab.

 

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

'Black Phone 2’ Kejutkan Box Office! Kutip USD43 Juta Seluruh Dunia

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

October 8, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.