Pada zaman globalisasi ini, tidak dinafikan bahawa A.I model dalam kehidupan harian kita seperti ChatGPT, Perplexity dan Google Gemini dapat membantu dari segi penyelidikan dan persoalan asas.
Google kini memperkenalkan model terbaharu iaitu Gemini 3
Boleh dikatakan bahawa era ini telah mula lancar hampir dua tahun yang lalu, di mana pada masa sekarang sudah mempunyai 2 billion pengguna A.I Overviews bulanan.
Terdapat 650 juta pengguna aplikasi Gemini. Malah 13 juta pembangun menggunakan model generatif Google A.I.
Dengan model terbaharu ini, ia telahpun menjadi model A.I paling pintar setakat ini, di mana ia menggabungkan semua kemampuan generasi sebelumnya dengan pemahaman konteks dan niat yang lebih baik, tambahan juga kebolehan penalaran yang lebih laju.
Ia juga hadir dalam A.I Mode di Search pada hari pelancaran dalam aplikasi Gemini, A.I Studio, Vertex A.I, dan platform pembangunan Google Antigravity.
Dengan aplikasi-aplikasi ini, menunjukkan yang Gemini memang kepunyaan Google. Amat dasyat!
Untuk pengetahuan anda, Google Antigravity merupakan platform pembangunan agenik (autonomi) baru yang membolehkan pembangun berinteraksi dengan A.I pada tahap lebih tinggi untuk merancang, menulis kod, dan melaksanakan tugas kompleks secara autonomi.
Model ini mempamerkan prestasi terbaik dunia dalam pelbagai benchmark A.I, termasuklah penalaran setingkat PhD, pencapaian dalam matematik, multimodaliti (teks, imej, dan video), serta ketepatan fakta.
Di sini, model ini menggabungkan kegunaan ChatGPT dan Perplexity dalam satu.
Selain itu, Gemini 3 Deep Think Mode adalah mod yang lebih maju untuk penalaran dan pemahaman multimodal kompleks bagi menyelesaikan masalah yang lebih sukar: disebabkan ini boleh dijadikan penggantian ChatGPT akibat model tersebut tidak mengetahui cara menyelesai masalah tersebut.
Seterusnya, Gemini 3 meliputi pembelajaran (terjemahan resipi tulisan tangan, analisis video sukan), pembangunan (pengekodan interaktif dan UI web lebih kaya), dan perancangan (menyokong proses langkah demi langkah seperti mengatur perkhidmatan tempatan atau mengurus peti masuk email).
Akhir sekali, Gemini 3 Pro unggul dalam pengekodan, termasuklah vibe dan agentic coding, serta memperoleh skor tertinggi dalam WebDEv Arena dan Terminal-Bench 2.0.
Melalui ini, ia kemungkinan dapat membantu sesiapa yang berhobi ataupun ingin mengetahui sains komputer dan coding.
Namun begitu, Google menegaskan keselamatan Gemini 3 dengan penilaian keselamatan terperinci, pengurangan kecenderungan menunjukkan kesenangan (sycophancy), peningkatan kebal terhadap serangan suntikan prompt, dan perlindungan daripada penyalahgunaan siber.
Kalau terlepas pandang, Gemini 3 dilancar secara umum melalui aplikasi Gemini, Google A.I Pro dan Ultra di Search, dan untuk pembangun serta perusahaan melalui API, A.I Studio, Google Antigravity, Vertex A.I, dan Gemini Enterprise.
Rujukan: Google Blog













