Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Gaza Terus Diserang: Puluhan Maut, Hospital Hampir Lumpuh!

by Farah Fatihah
November 25, 2025
in Berita, PEEK DAILY
8
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Keadaan di Gaza kembali genting apabila hospital-hospital di wilayah itu dilaporkan kehabisan bekalan asas ketika gelombang baharu serangan udara Israel meragut lebih 50 nyawa dan mencederakan lebih 100 penduduk dalam tempoh beberapa hari.

Petugas kesihatan memaklumkan bahawa bekalan penting seperti kain kasa, antiseptik, termometer dan antibiotik semakin menjunam, sekali gus menjejaskan rawatan terhadap mangsa serangan yang tiba hampir setiap jam.

“Kami Keletihan, Keadaan Sama Seperti Sebelum Gencatan Senjata”

Mohammed Saqr, Pengarah Kejururawatan di Hospital Nasser, Khan Younis, berkata keadaan semasa sangat kritikal.

“Kami masih kekurangan hampir semua bekalan dan ubat. Setiap hari adalah krisis. Serangan masih berlaku… tiada perubahan ketara sejak gencatan senjata,” katanya.

Walaupun ratusan tan bantuan kemanusiaan dibawa masuk selepas gencatan senjata yang dipersetujui AS bulan lalu, ia belum cukup untuk menampung keperluan ratusan ribu mangsa yang cedera atau hilang tempat tinggal.

Sistem Kesihatan ‘Di Lutut’, Ramai Mangsa Sakit & Kurang Zat

Organisasi antarabangsa, termasuk MedGlobal dan MSF, mengesahkan keadaan kesihatan di Gaza kini berada pada tahap paling lemah sejak perang bermula dua tahun lalu.

Joe Belliveau dari MedGlobal berkata:

“Kekurangan kakitangan, ambulans tak cukup… seluruh sistem kesihatan hampir lumpuh.”

Selain kecederaan akibat serangan udara, semakin ramai rakyat Gaza termasuk kanak-kanak menghadapi pelbagai cabaran iaitu Malnutrisi, penyakit berjangkit, ketiadaan tempat tinggal dalam cuaca yang buruk dan kekurangan makanaan dan air yang bersih.

Gaza kini hanya mempunyai 13 hospital besar yang masih beroperasi, semuanya sesak melebihi kapasiti.

Serangan Terus Menggugat Gencatan Senjata

Walaupun gencatan senjata tahap pertama hampir selesai, serangan tetap berlaku. Israel mendakwa mereka bertindak balas terhadap “pelanggaran ekstrem” oleh Hamas, termasuk tembakan terhadap tentera Israel.

Antara insiden terbaru:

  • 11 terbunuh dalam serangan ke atas sebuah kenderaan di Rimal, Gaza City
  • 3 terbunuh berhampiran Hospital al-Awda
  • 3 lagi maut di Deir al-Balah, termasuk seorang wanita

Seorang penduduk Deir al-Balah berkata:

“Letupan terlalu kuat sehingga seluruh kawasan diliputi asap. Tiada tempat selamat di Gaza.”

Puluhan Ribu Sudah Terbunuh

Sejak Oktober 2023, lebih 69,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak. Jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana ribuan mayat masih tertimbus di bawah runtuhan.

Israel pula masih menyasarkan pemimpin Hamas, yang menurut mereka punca ketegangan berterusan.

Walaupun gencatan senjata masih berjalan, hakikat di lapangan menunjukkan kehidupan rakyat Gaza langsung tidak berubah. Hospital hampir lumpuh, bantuan tidak mencukupi, serangan masih berlaku, dan ribuan keluarga terus hidup dalam ketakutan.

Situasi ini menandakan bahawa jalan menuju keamanan di Gaza masih panjang dan sukar, sementara penduduk terus menanggung beban peperangan yang berlarutan.

Sumber: The Guardian

Share3Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
Next Post

SPM Musim Banjir, Peperiksaan Tetap Jalan Di Seluruh Negeri Bermula Hari Ini

TRENDING

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.