Anime Blue Orchestra kembali untuk musim kedua dan kali ini, bukan sahaja peminat disajikan dengan episod baharu, malah dua muzik video bagi pembuka lagu dan penutup turut dilancarkan serentak di saluran Youtube rasmi artis yang terlibat.
Galileo Galilei Bawa “Amadeus” Sebagai Lagu Pembuka
Band popular Jepun, Galileo Galilei, yang pernah mencipta lagu tema untuk anime terkenal seperti Anohana: The Flower We Saw That Day dan Haikyu!!, kini kembali dengan lagu baharu bertajuk “Amadeus”.
Gambar artis Galileo Galilei
Lagu ini mula dilancarkan secara digital pada 6 Oktober 2025, dan kini boleh didengari di semua platform muzik utama. Dengan gaya muzik mereka yang sayu namun penuh emosi, “Amadeus” dijangka menjadi salah satu pembuka lagu paling diingati oleh peminat anime tahun ini.
Galileo Galilei “Amadeus” Music Video
ChoQMay Persembahkan Lagu Penutup “Ao no Mahou”
Untuk penutup lagu, kumpulan ChoQMay tampil dengan “Ao no Mahou” atau Blue Magic. Band yang ditubuhkan pada tahun 2020 ini semakin dikenali menerusi beberapa lagu anime sebelum ini seperti “PRIDE” untuk anime The Most Heretical Last Boss Queen, 2023.
Gambar artis ChoQMay
Manakala, “Snow Spring” untuk anime A sign of Affection, 2024.
“Ao no Mahou” turut dilancarkan pada 6 Oktober 2025, membawa irama lembut dan penuh perasaan yang melengkapkan kisah Blue Orchestra musim terbaru ini.
ChoQMay “Ao no Mahou” Music Video
Mengenai Anime Blue Orchestra
Anime ini diadaptasi daripada manga karya Makoto Akui, yang disirikan melalui aplikasi Shogakukan’s Manga One dan laman web Ura Sunday sejak tahun 2017, dengan 12 jilid telah diterbitkan setakat ini.
Musim pertama anime yang diterbitkan oleh Nippon Animation sebelum ini bersiaran sebanyak 24 episod dari April hingga Oktober 2023.
Musim kedua anime terbitan Nippon Animation ini mula bersiaran di NHK Educational TV pada 5 Oktober 2025 dan disahkan bakal mempunyai 21 episod.
Kisahnya mengikuti perjalanan Hajime Aono, seorang pelajar sekolah menengah yang dahulunya merupakan pemain biola berbakat besar sebelum berhenti bermain. Namun, segalanya berubah selepas Hajime bertemu Ritsuko Akine, gadis yang mengembalikan semangatnya terhadap muzik dan dunia okestra.