Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati

by Ayu Ieranatasya
November 13, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
15
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Penduduk Kelantan menyambut baik cadangan untuk mendulang emas di tanah kerajaan, terutama di kawasan Jeli dan Kuala Krai, sebagai peluang ekonomi tambahan selain menoreh getah atau bertani. Namun, mereka berharap kerajaan negeri menegaskan bahawa lesen mendulang hanya diberikan kepada anak jati, supaya hasil bumi ini kekal di tangan penduduk tempatan dan orang luar tidak mengambil kesempatan.

Bagi penduduk kampung sekitar Jeli dan Kuala Krai, mendulang emas bukan sahaja peluang ekonomi, tetapi juga sebahagian daripada cara hidup yang telah diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka. Namun, dalam masa sama, timbul kebimbangan bahawa hasil bumi itu mungkin “diceroboh” oleh orang luar.

“Kalau boleh lesen mendulang, biar rakyat Kelantan dulu yang dapat peluang. Kami yang duduk dekat sungai, kami yang jaga kawasan ni,” kata Taibah Rostam, 35.

Kata penduduk kampung itu rezeki emas Kelantan sepatutnya kekal di tangan mereka, sambil budaya dan cara hidup kampung yang sudah lama menjadi warisan terus terpelihara. Tambah beliau, pengalaman mendulang sudah dimiliki sejak harga emas masih jatuh.

“Kami mendulang dari dulu lagi, masa harga emas murah pun kami buat sebab dah biasa. Sekarang kalau harga naik, memanglah seronok, tapi janganlah sampai orang luar datang sapu dulu hasil kami,” katanya kepada Hangat.

Photo Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Kelantan

Walau bagaimanapun, dalam tinjauan yang dibuat Sinar Harian, kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan memaklumkan bahawa pihak mereka masih belum menerima sebarang arahan terkini daripada kerajaan negeri mengenai syarat dan bayaran lesen mendulang emas. Sebelum ini, lesen mendulang dikenakan bayaran RM100 untuk tempoh setahun, tetapi ia dikeluarkan sekitar tahun 1990-an.

Pensyarah Kanan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi,
Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Mohd Syakir Sulaiman

Seperti dilaporkan Berita Harian pula, menurut Pensyarah Kanan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Mohd Syakir Sulaiman berkata lebih 50 lokasi di negeri itu dikenal pasti berpotensi mempunyai sumber emas, termasuk daerah Gua Musang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai.

“Kelantan setakat ini masih belum meneroka sepenuhnya kawasan tersebut, menjadikan hasil emas negeri ini antara yang paling banyak belum diteroka berbanding negeri lain.

Share6Tweet4Pin1

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Next Post

Isu Kebuluran Yang Semakin Merosot Di Luar Negara

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

October 8, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018
Foto: The Metropolitan Museum of Art, New York

Unik! 10 Jam Tertua Di Dunia

November 22, 2018

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.