Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

Pakar Dedah 'Financial Enmeshment' Punca Stres Kronik

by Ayu Ieranatasya
December 2, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
19
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Masuk ke alam pekerjaan sepatutnya detik gembira dapat gaji sendiri, bebas urus kewangan, dan mula membina masa depan. Tapi bagi sesetengah anak muda, kegembiraan itu terus dicemari apabila tanggungjawab berat menanti, menjadi penyokong ekonomi keluarga.

Hangat berjaya mendapatkan pandangan eksklusif daripada Pakar Psikologi Klinikal yang berkhidmat di Pusat Pakar Psikologi JiwaDamai, Faridah Hamimi binti Mohammad Nizam, bagi mendedahkan bahaya sebenar di sebalik tuntutan kewangan berterusan.

Faridah Hamimi binti Mohammad Nizam, Pakar Psikologi Klinikal, Sarjana Sains Kemanusiaan dalam Psikologi (Klinikal & Kaunseling).”

Menurut Pakar Psikologi Klinikal, Faridah Hamimi Mohammad Nizam, situasi ini boleh membawa kepada fenomena parentification di mana anak terpaksa mengambil peranan dewasa sebelum waktunya, dan financial enmeshment, apabila sempadan kewangan antara ibu bapa dan anak jadi kabur.

“Apabila anak dipaksa menanggung beban kewangan terlalu awal, mereka akan menghadapi tekanan kronik, kemurungan, perasaan bersalah, dan malu. Keyakinan diri juga menurun dan hubungan dalam keluarga mula terganggu,” jelas Faridah.

Anak muda yang dipaksa menanggung beban kewangan cenderung mengalami stres dan kebimbangan lebih tinggi. Lebih teruk lagi, ketidakmampuan untuk memenuhi kehendak ibu bapa membuatkan mereka rasa bersalah atau malu, sekaligus menjejaskan harga diri dan membuka pintu kepada simptom kemurungan kronik. Tambah Faridah lagi, sempadan antara tanggungjawab ibu bapa dan anak mula kabur, komunikasi keluarga menjadi tegang, dan risiko institusi keluarga goyah meningkat.

Elise/Pinterest

Lalu, apa yang boleh dilakukan ibu bapa supaya anak tetap dibimbing tapi tidak tertekan? Faridah menyarankan pendekatan sokongan pendidikan atau coaching, dengan menggunakan prinsip scaffolding.

“Bantu anak secukupnya supaya mereka belajar kemahiran kewangan sendiri. Jangan terus beri solusi, biar mereka temui jawapan sendiri,” katanya kepada Hangat.

Selain itu, komunikasi jelas amat penting. Terangkan sempadan dan jangkaan supaya anak tidak dieksploitasi kewangan secara berlebihan. Ajarkan konsep asas kewangan seperti menabung, simpanan, hutang, dan urus bil secara berperingkat. Tujuannya supaya anak belajar berdikari, bukan bergantung sepenuhnya.

Bagi anak muda pula, beberapa strategi disarakan oleh pakar bagi menangani tuntutan kewangan daripada ibu bapa secara sihat antaranya:

  • Tetapkan batasan dengan jelas dan empatik
    Gunakan “I-statement” semasa bercakap dengan ibu bapa. Contohnya:
    “Saya risau kalau bajet saya melebihi had ini, boleh kita atur semula?”
    Cara ini membantu komunikasi lebih tegas tapi tetap mesra, mengurangkan konfrontasi.
  • Susun tuntutan dengan struktur jelas
    Tetapkan sempadan dari segi tempoh, contohnya sementara atau bulanan. Pilih amaun tetap atau pecahkan bayaran untuk bil tertentu seperti bil air, bil elektrik, sewa rumah, dan sebagainya. Ini memudahkan pengurusan kewangan dan mengelak tuntutan berlebihan.
  • Libatkan sumber sokongan lain
    Jangan biarkan semua tanggungjawab ditanggung sendiri. Libatkan ahli keluarga lain atau rujuk agensi komuniti/pusat kebajikan yang bersesuaian. Langkah ini dapat meringankan beban kewangan dan tekanan mental.
  • Kekalkan komunikasi terbuka
    Berbincang jujur dengan ibu bapa tentang kemampuan kewangan diri. Kongsi perancangan dan had yang boleh dipatuhi supaya semua pihak jelas situasi sebenar.
AARP/Pinterest

Jika isu ini berterusan tanpa langkah penyelesaian, kesan jangka panjangnya bukan sahaja pada kesihatan mental tetapi juga ekonomi dan sosial. Risiko kemurungan, keletihan emosi, burnout, dan kesukaran membina hubungan intim yang sihat juga akan tertejejas. Dari segi kewangan, peluang menabung, melabur, dan merancang kerjaya boleh terbantut dan akhirnya melemahkan akumulasi aset dan mobiliti sosial jangka panjang.

Malah, budaya menanggung peranan dewasa secara berterusan boleh diwarisi kepada generasi seterusnya, mengekalkan pola disfungsional keluarga. Impak sosial pula termasuk ketidakstabilan ekonomi rumah tangga, penurunan produktiviti, dan kesejahteraan awam terganggu.

Kesimpulannya, membantu keluarga memang mulia, tetapi mental dan kewangan diri sendiri perlu dijaga. Tetapkan sempadan, urus tekanan kewangan dengan bijak, dan pastikan sokongan yang diberikan tetap sihat. Jangan biar niat mulia menjadi punca tekanan yang merosakkan diri dan masa depan.

Share8Tweet5Pin2

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
Libur

ZEROBASEONE Sambung Aktiviti Kumpulan Selama Dua Bulan Lagi

December 1, 2025
Next Post

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

TRENDING

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.