Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Disalahguna Ejen Coway, Identiti Dipakai Tanpa Kebenaran Hingga Nama Tersangkut CTOS

by Ayu Ieranatasya
December 1, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
11
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang wanita menghadapi kesulitan kewangan apabila namanya disenarai hitam di Credit Tip-Off Service (CTOS) selepas identitinya didakwa digunakan tanpa kebenaran untuk membeli produk Coway.

Kejadian ini berlaku walaupun beliau tidak pernah membuat sebarang pembelian, malah menimbulkan masalah dalam permohonan pinjaman untuk kereta, rumah atau motosikal.

Mangsa berkongsi pengalamannya di Threads: ejen atau individu lain menggunakan IC tanpa kebenaran untuk mendaftar produk Coway, menyebabkan tunggakan palsu dan rekod CTOS tersangkut

Menurut laporan, wanita tersebut mula menyedari isu itu ketika cuba memohon pinjaman motosikal pada awal 2024. Setelah semakan dilakukan, beliau mendapati namanya tersangkut di CTOS akibat pembelian produk Coway oleh pihak yang menggunakan nombor IC miliknya tanpa izin.

Semakan lanjut mendapati, tiada satu pun maklumat lain seperti alamat atau nombor telefon yang mendaftar dengan namanya, selain nama dan nombor IC sahaja.

Mangsa menjelaskan bahawa beliau telah menghubungi pihak Coway berulang kali untuk menuntut penjelasan.

“Setiap kali call, saya kena ceritakan dari A sampai Z sebab staf yang angkat call sentiasa bertukar-tukar. Saya dah banyak kali marah, tapi masih sama,” katanya.

Pihak Coway meminta mangsa membuat laporan polis untuk menukar nama dalam sistem dan membersihkan rekod CTOS.

Namun, walaupun laporan polis telah diserahkan, sehingga kini pada 30 November 2025, isu ini masih belum selesai dan namanya masih terjejas.

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman serupa, termasuk kes di mana ejen Coway atau individu lain menggunakan IC pelanggan untuk mendapatkan komisyen jualan, tanpa persetujuan pelanggan.

“Ex agent coway hadir! Memang banyak terjadi benda ni sebab agent coway sign agreement on behalf customer and lepas gitu je order masuk sistem. Mesti ic awak tersebar kt agent diorang and diorang nak cukupkan sale”

“tapi tu laa coway ni sepatutnyaa dia tak boleh main register cmtu je. buat laa syarat ke. ni tahu nak kejar commission je. org yg tak bersalah jadi mangsa” katanya.

Selain itu ada juga yang berkongsi pengalaman di mana seorang ejen Coway mengambil kesempatan menggunakan nombor IC beliau untuk mendaftar penapis air yang dipasang di rumah lain tanpa kebenaran.

“Lebih kurang dengan kes saya, kita ambik penapis air dekat salesman ni, tak lama kemudian dia guna IC saya ambik penapis air luar pasang di rumah dia sendiri. Nak komisyen punya pasal. Tau-tau Coway call kata tertunggak, padahal barang tu dipasang di rumah lain. Memang menyusahkan hidup orang” tulisnya.

Syarikat seperti Coway sepatutnya memperketatkan prosedur pendaftaran dan tidak membenarkan ejen menandatangani perjanjian bagi pihak pelanggan. Kegagalan ini memberi tekanan kepada pengguna yang tidak bersalah dan menjejaskan rekod kewangan mereka.

Share4Tweet3Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

ZEROBASEONE Sambung Aktiviti Kumpulan Selama Dua Bulan Lagi

TRENDING

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.