Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Caj Parking #MalaysianGP Dikecam Netizen ‘Datang Sehari, Kena Bayar Dua Hari?’

by Ayu Ieranatasya
October 29, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Isu caj parking di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena perlumbaan Malaysian Grand Prix (MalaysianGP) tahun ini nampaknya hangat diperkatakan di media sosial.

Semuanya tercetus daripada satu hantaran di facebook yang mempersoalkan caj parkir sempena acara #MalaysianGP tahun ini.

 

“Ramai mengeluh pasal caj parking yg dikenakan tahun ini. Apa anda ingin luahkan?”

 

Di ruangan komen rata-rata pengunjung meluahkan rasa tidak puas hati dengan kadar bayaran dikenakan. Antara rungutan utama ialah caj parking yang dikatakan terlalu mahal dan tidak setimpal dengan keadaan kawasan parkir.

Seorang pengguna Facebook, Tamiya Collectible, sempat berseloroh:

“Zaman sekarang area Sepang ni apa ja tak kena bayar parking, sampai ke ceruk kampung pun kena. Dulu free je park. Litar tu international lagi lah kena. Yang tak tahan kena bayar untuk dua hari walau datang sehari.”

Sementara itu, pengguna lain, Wahi Nurkhairi Wahi Anuar, turut menegur pihak penganjur agar menilai semula kadar caj:

“Patut jual ikut hari. Jangan paksa pengunjung beli untuk dua hari terus. Sepang Circuit kena study balik yuran parking ni. Parking atas tanah selut pun kena bayar mahal.”

Ada juga yang berkongsi pengalaman pahit mereka sebelum ini, termasuk kehilangan aksesori motosikal walaupun sudah membayar caj parkir mahal.

“Bayar parking mahal tapi caliper brembo kena rembat juga,” tulis Suhaimie Hamad.

Beberapa netizen lain turut mempersoalkan ketiadaan resit rasmi serta keadaan parkir yang tidak berturap.

“Bapak mahal… parking takde bumbung, atas tanah lembut, tayar tenggelam. Resit pun tak bagi,” luah pengguna Suebaru Eitam.

Setakat ini, pihak penganjur Sepang International Circuit (SIC) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu tersebut. Namun, rata-rata netizen berharap agar kadar caj parking dapat dikaji semula pada penganjuran akan datang, memandangkan acara seperti MalaysianGP terus menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara setiap tahun.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Asal-Usul Tarian Ulik Mayang: Antara Mistik & Keindahan Seni

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025

Meraikan Kreativiti di TikTok Awards Malaysia 2023: Khairul Aming Dinobatkan Creator Of The Year

August 28, 2023
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.