Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Bukan Sekadar Manja! Ini Fakta Tentang Kucing Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
October 14, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kucing sering dilihat sebagai haiwan yang manja, comel dan suka tidur, tapi di sebalik wajah lembut dan renungan tajamnya, ada banyak rahsia menarik tentang mereka yang mungkin anda tak tahu!

Tahukah anda bahawa tubuh kucing sebenarnya jauh lebih fleksibel daripada manusia? Seekor kucing mempunyai kira-kira 244 tulang, berbanding manusia yang hanya mempunyai 206.

Struktur badan mereka direka khas untuk melompat tinggi, berpusing pantas dan mendarat dengan seimbang sebab tu lah kucing selalu “jatuh atas kaki”!

Kucing boleh melompat setinggi 5 kali ketinggian mereka dan sering menganggap manusia mereka sebagai harta peribadi dan menandakan mereka dengan bau untuk menuntut pemilikan.

Lebih menarik, dengkuran (purr) kucing bukan sekadar tanda mereka gembira. Getarannya berada antara 25 hingga 159 Hertz, frekuensi yang sama digunakan dalam terapi penyembuhan manusia.

Tak hairanlah ramai pemilik kucing rasa tenang bila si comel tu tidur di atas riba.

Misai kucing pula bukan sekadar hiasan. Dengan tahap sensitiviti yang luar biasa, misai memainkan peranan penting dalam gaya hidup si bulus yang suka meneroka dan mengembara!

1. Deria Sentuh

Selain menambah kecomelan pada wajah, misai berfungsi sebagai alat pengesan yang membolehkan kucing menentukan sama ada sesuatu ruang cukup luas untuk dilalui atau tidak sekaligus mengelakkan mereka daripada tersepit di tempat sempit.

2. Deria Orientasi dan Keseimbangan

Pada bahagian dasar misai terdapat proprioseptor, organ deria khas yang membantu kucing menilai kedudukan tubuh dan mengawal pergerakan.

Inilah rahsia bagaimana kucing mampu mengekalkan keseimbangan dan sering mendarat dengan sempurna pada kaki mereka.

3. Alat Komunikasi

Selain bunyi “ngiau” yang mencuit hati, kucing juga berkomunikasi melalui misai mereka.

Misai yang santai menandakan kucing berada dalam keadaan tenang, manakala misai yang menegak ke hadapan menunjukkan mereka sedang berjaga-jaga atau berasa terancam.

4. Sensor Getaran & Penglihatan Malam

Misai kucing cukup sensitif untuk mengesan perubahan kecil dalam aliran udara, membolehkan mereka menilai bentuk, saiz dan jarak objek di sekeliling berguna ketika memburu pada waktu malam.

5. Perlindungan Semula Jadi

Selain itu, misai juga membantu melindungi mata daripada habuk atau objek kecil, serta memberi amaran awal terhadap bahaya di sekeliling

Jadi, jangan sesekali potong misai kucing anda sebab itu boleh ganggu keseimbangan dan orientasi mereka!

Dari kemampuan mengesan getaran halus, menjaga keseimbangan, sehinggalah menjadi radar waktu malam, semuanya menunjukkan bahawa setiap inci tubuh kucing direka penuh keunikan.

Tak hairanlah haiwan ini sering dianggap makhluk yang penuh misteri dan menenangkan.

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

SHMPP Deepavali 2025: 9 Barang Dikawal Harga Mulai Khamis Ini

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.