PEEK DAILY, Trivia

Budak 13 & 15 Tahun Kahwin, Netizen Bingung ‘Kahwin Orang Lain, Orang Lain Pulak Stress’

Baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan pasangan pengantin bawah umur yang dikatakan berusia 13 tahun (lelaki) dan 15 tahun (perempuan) diijab kabulkan.


Klip berdurasi pendek tersebut menunjukkan dua remaja berpakaian pengantin lengkap dan sedang diraikan dalam majlis sederhana.Meninjau di ruangan komen, majoriti netizen di ruangan komen tampil meluahkan kebimbangan dan rasa tidak setuju, terutama apabila melibatkan umur yang terlalu muda.

Antara komen yang tular:

“Kat mana ni? Apa legal age kahwin dekat Malaysai ni? Apa ni promote child marriage” komen netizen.

“Apa yang kita boleh harapkan dari budak umur macam ni? Nafkah? Tanggungjawab? Pleaselah parents benda macam ni nak dibanggakan?” kata salah seorang netizen.

Menariknya, ada juga netizen sempat berseloroh.

“Yang kahwin dia orang, asal orang lain pulak stress ni?” kata salah seorang pengguna Thread.

Hasil semakan mendapati, video tersebut tidak berlaku di Malaysia, sebaliknya dipercayai dirakam di Thailand. Namun, tiada laporan rasmi atau pengesahan lanjut mengenai identiti pasangan mahupun lokasi sebenar setakat ini.

Sebagai makluman, di bawah undang-undang sivil Thailand, umur minimum untuk berkahwin ialah 20 tahun, tetapi boleh dikurangkan kepada 17 tahun dengan persetujuan ibu bapa. Dalam beberapa kawasan di selatan Thailand yang tertakluk di bawah undang-undang Islam tempatan, pengecualian umur lebih rendah boleh diberikan atas dasar adat dan syariah.

Podcast Hangat

Menariknya, baru-baru ini sempat team Hangat.com merakamkan episod pertama podcast santai iaitu Hangat Decode  yang menampilkan satu moderator dan satu guest. Topik yang dibincangkan adalah Kahwin Muda: Sebab Nafsu atau Tanggungjawab” yang padan dengan isu ini.

Dalam episod tersebut, topic perbincangan meneliti sama ada kahwinan muda berpunca daripada desakan nafsu, tekanan sosial, atau salah faham terhadap konsep tanggungjawab.

“Kadang-kadang orang kahwin muda sebab nak ‘halalkan hubungan’, bukan sebab betul-betul bersedia. Tapi bila tanggungjawab datang, barulah sedar tanggungjawab tu bukan mudah,” ujar Nazmi Hamdani dalam episod berkenaan.

Episod penuh “Kahwin Muda: Sebab Nafsu atau Tanggungjawab?” boleh tonton eksklusif di akaun rasmi TikTok Hangat. com.