Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Bila Sekali Dah Cuba Beli Online, Susah Nak Berhenti! Ini Sebabnya

by Farah Fatihah
October 23, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: oxoneworld

Pernah tak anda terfikir kenapa sekarang ni ramai yang lebih suka membeli secara online berbanding pergi ke kedai? Dari pakaian, makanan, sampai ke barang dapur, semuanya boleh dapat hanya dengan satu “klik” je! Tapi apa sebenarnya yang buat orang semakin ketagih dengan online shopping ni?

1.Kemudahan dan Kepantasan

Bayangkan, anda tak perlu keluar rumah, hadap trafik, atau berebut tempat parking di pusat membeli-belah. Semuanya boleh diselesaikan sambil baring atas katil! Hanya buka aplikasi, pilih barang, buat bayaran dan tunggu kurier hantar depan pintu rumah.

Kemudahan ni jadi sebab utama ramai orang beralih kepada pembelian atas talian, terutamanya mereka yang sibuk bekerja atau malas nak bersesak di luar. Lagi-lagi bila musim panas terik atau hujan lebat , “shopping online” memang penyelamat!

2. Harga Lebih Murah

Sumber: pngtree

Pembeli juga tertarik dengan harga yang lebih murah dan promosi menarik seperti “free shipping”, diskaun besar-besaran, atau baucar “cashback”. Kadang-kadang, harga dalam talian jauh lebih rendah daripada kedai fizikal sebab penjual tak perlu tanggung kos sewa atau gaji pekerja tambahan.

Tambah pula bila ada jualan besar seperti 9.9 Sale, 11.11 Mega Sale, atau Payday Sale,siapa je boleh tahan godaan tu? Dengan satu “klik”, barang idaman terus masuk dalam troli!

3. Pilihan Produk Lebih Banyak

Kalau di kedai fizikal mungkin terhad, tapi dalam dunia online, pilihannya beribu-ribu jenis produk dari pelbagai jenama dan negara. Contohnya kalau cari baju, anda boleh jumpa pelbagai gaya dari “streetwear” sampai pakaian antarabangsa, semua dalam satu platform je!

Kalau satu kedai tak ada, jangan risau, mesti ada penjual lain yang tawarkan barang sama dengan harga lebih murah. Pendek kata, dunia beli-belah atas talian ni umpama pasar global yang tak pernah tutup!

Namun, seperti biasa, ada juga risikonya. Ramai yang pernah terkena, barang tak sama macam dalam gambar, saiz lari jauh, penghantaran lambat, atau penjual senyap seribu bahasa lepas pembayaran.

Sebab tu pembeli sekarang makin bijak. Mereka akan baca review, semak rating penjual, dan tengok gambar sebenar dulu sebelum tekan “checkout”. Pengalaman mengajar, kan?

Jadi, tak hairanlah kenapa online shopping dah jadi sebahagian daripada gaya hidup moden. Ia bukan sekadar trend tapi keperluan baru dalam dunia serba pantas ni.

SUMBER RUJUKAN: ECENTRAL

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Apa Anda Perlu Mengetahui Tentang Fenomena La Nina

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025

Batik Malaysia vs Batik Indonesia: Nampak Sama Tapi Sebenarnya Banyak Beza!

October 29, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.