Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home FOMO

Bila Bunyi Guruh Pun Boleh Buat Tak Senang Duduk, Rupanya Ada Yang Fobia!

by Bunyamin Azuddin
October 31, 2025
in FOMO, Trivia
7
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya ramai antara kita pernah rasa cuak bila bunyi guruh kuat atau kilat menyambar tiba-tiba kan? Macam refleks semula jadi, terus tutup telinga, cepat-cepat tarik langsir atau masuk bilik. Tapi, pernah tak terfikir kalau perasaan takut tu sebenarnya bukan sekadar gelisah biasa, tapi satu fobia sebenar?

Ya, wujud rupanya dan ia dipanggil Astraphobia atau nama lain, Brontophobia.

Fobia ini bukan sekadar takut biasa-biasa. Ia boleh sampai tahap mengganggu kehidupan harian. Contohnya, bila cuaca mendung pun dah mula risau, jantung berdebar, tapak tangan berpeluh, sampai tak boleh fokus buat kerja. Ada yang sanggup batalkan rancangan keluar rumah bila nampak awan gelap di langit.

Macam mana nak tahu kalau anda ada fobia ini?

Antara tanda-tanda yang biasa:

  • Selalu mengelak aktiviti luar bila cuaca tak menentu.
  • Kerap buka aplikasi ramalan cuaca walaupun hari masih cerah.
  • Mengalami serangan panik bila dengar guruh atau nampak kilat, sampai tak boleh bertenang.

Kalau semua ini terasa dekat, besar kemungkinan ketakutan itu bukan sekadar “takut kilat”, tapi dah jadi fobia sebenar.

Tapi kenapa boleh jadi fobia?

Selalunya, ia berpunca daripada pengalaman traumatik, contohnya pernah hampir disambar petir, atau terperangkap masa ribut kuat waktu kecil. Kadang-kadang juga, kita “belajar” rasa takut tu daripada ibu bapa atau orang sekeliling yang memang cemas bila dengar guruh.

Jadi, macam mana nak kawal atau rawat?

Berita baik, ada banyak cara untuk bantu diri sendiri.

1. Latihan pernafasan:
Tarik nafas dalam selama empat saat, tahan empat saat, lepas enam saat perlahan-lahan. Ulang sampai rasa tenang.

2. Kelonggaran otot progresif:
Tegang dan lepaskan otot badan satu persatu, dari kaki sampai ke bahu.

3. Alih perhatian:
Fokus pada aktiviti lain seperti membaca, mendengar lagu, atau menonton sesuatu yang boleh alihkan tumpuan daripada bunyi ribut.

4. Cari tempat selamat:
Duduk di tempat yang tertutup tanpa tingkap supaya tidak nampak kilat atau dengar guruh dengan jelas.

Kalau nak pergi lebih jauh, boleh cuba terapi juga

Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT):

Membantu ubah cara fikir negatif seperti “setiap petir mesti bahaya” kepada pemikiran yang lebih realistik.

Terapi Pendedahan:

Secara perlahan-lahan hadap ketakutan, contohnya tengok video atau dengar bunyi ribut dalam suasana terkawal untuk biasakan diri.

Teknologi Realiti Maya (VR):

Sekarang sudah ada VR yang boleh mensimulasikan situasi ribut dengan selamat. Individu boleh belajar kawal reaksi tanpa bahaya sebenar, sesuai untuk yang belum bersedia berdepan dunia nyata.

Walaupun nampak remeh, Astraphobia boleh beri kesan besar pada emosi dan kehidupan seharian. Tapi berita baiknya, dengan rawatan dan latihan yang betul, ramai yang berjaya atasi fobia ini perlahan-lahan.

Jadi lepas ini bila guruh berdentum, jangan terus rasa malu kalau panik dulu, sebab mungkin badan anda cuma tengah bertindak balas secara semula jadi. Bezanya kali ini, anda sudah tahu cara nak lawan balik.


Rujukan: The Star

Share3Tweet2Pin1

Related Posts

PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
PEEK DAILY

Disalahguna Ejen Coway, Identiti Dipakai Tanpa Kebenaran Hingga Nama Tersangkut CTOS

December 1, 2025
PEEK DAILY

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 – 4 Kali Seminggu

December 1, 2025
PEEK DAILY

Tragedi Hong Kong: Menara Kediaman ‘Disambar Api’. Puluhan Terkorban, Ratusan Masih Hilang!

November 27, 2025
Next Post

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

TRENDING

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

October 30, 2025

Kipas Boleh ‘Membunuh’? Ketahui Rahsia Senjata Elegan Ini!

November 30, 2018

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.