Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Berbeza Ke Kesedihan Dengan Kemurungan?

by Bunyamin Azuddin
November 6, 2025
in Kesihatan, PEEK DAILY, Uncategorized
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kalangan ramai, maybe kalian mengalami fasa kesedihan akbiat situasi tertentu. Kemungkinan kalian aken melalui fasa ini dengan sebaik mungkin dan lama-lama kemudian fasa tersebut berakhir.

Namun begitu, tidak semestinya fasa kesedihan itu adalah sebenarnya; kemungkinan ia sebenarnya kemurungan yang kalian tidak mengetahui kerana mencampurkannya dengan kesedihan.

Oleh itu, artikel ini akan menerangkan segalanya perbezaan antara kesedihan dengan kemurungan, melalui bengkel yang diadakan di Menara Star di Petaling Jaya, Selangor yang dihimpuni oleh lebih 100 peserta, uang dianjurkan oleh Star Media Group.


Perbezaannya

Dr Choy Seng Kit, pakar psikiatri am dari Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), menyatakan bahawa kesedihan adalah emosi biasa manusia; tidak sama sekali dengan kemurungan, malah terdapat tiga perbezaan utama memisah kesedihan biasa dengan kemurungan:

Untuk kesedihan:

  • Kemungkinan berasa rendah diri atau hilang selera makan
  • Akan tetapi mengalami detik-detik kebahagiaan atau keseronokan
  • Bersifar sementara, berjam-kam, atau berhari-hari
  • Masih boleh menjalani kehidupan seharian: belajar, bekerja, atau melakukan kerja-kerja

Untuk kemurungan:

  • Kesedihan berterusan dan luar biasa
  • Hampir mustahil merasai kegembiraan
  • Berlansung sekurang-kurangnya dua minggu, atau lebih lama
  • Kehilangan minat terhadap hobi, perjuangan untuk berfungsi, dan motivasi belajar atau bekerja

Untuk mengetahui bahawa seseorang sedang melalui kemurungan, Dr Choy mengajurkan bahawa kemurungan tersenyum boleh berlaku: individu menyembunyikan kesakitan mereka dalam fasad yang ceria, tidak semestinya seseorang kelihatan sedih, menarik diri, atau tidak dapat bangun dari katil.

“Ia boleh jadi seorang ibu ketawa dengan anaknya semasa bertarung dalam keletihan; rakan sekerja yang kelihatan meriah dalam mesyuarat tetapi menatap kosong pada skrin selepas itu; atau seorang pelajar berkata, ‘Saya baik-baik saja,’ sambil tenggelam dalam kekosongan emosi yang tidak kelihatan.”


Stigmatisasi

Ini berlaku kerana kira-kira 500 pakar psikiatri dan bilangan ahli psikologi klinikal serupanya sahaja berada di Malaysia. Walaupun ia kira-kira seorang pakar untuk setiap 65,000 orang, ia masih di bawah nisbah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan satu pakar bagi 10,000 di negara maju.

Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), bercakap ramai masih tidak mendapatkan bantuan, bukan kerana kekurangan pakar.

Dia menyatakan budaya Malaysia dan seluruh rantau masih membawa stigma berat mengenai penyakit mental, dan stigma tersebut membentuk cara mendekati kesihatan mental.

Tambahan juga bahawa ramai rakyat Malaysia akan berunding dengan pakar psikiatri atau psikologi sebagai pilihan terakhir mereka selepas mereka beralih kepada sinseh, pergi ke sami, atau bomoh.

“Ada yang membelanjakan RM20,000 untuk rawatan alternatif, namun apabila diberitahu perundingan pakar psikiatri berharga RM300, mereka terkejut, ‘Mahal sangat untuk 15 minit?’”

Dengan pernyataan tersebut, ia mencerminkan salah faham mendalamkan tentang perkara sebenarnya dalam penjagaan kesihatan mental, dan Dr Andrew mengajur tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya kerana ketakutan dilabel ‘gila’ walaupun hanya mendapat bantuan.

Ketakutan ini terhadap penghakiman dan diskriminasi merupai salah satu halangan terbesar, dan sesuatu semua perlu bekerjasama untuk berubah.


Tenangan Diri

Puvessha Jegathisan, psikologi klinikal dan pensyarah kanan di HELP Education Group, memerpkenalkan terapi tingkah laku kognitif: satu terapi berasas bukti yang banyak diguna dalam psikologi klinikal; hubungan pemikiran, emosi, dan tingkah laku diberi tumpuan dalam CBT.

Melalui terapi ini, ia dapat membantu individu mengenali dan mencabar pemikiran yang tidak membantu, memahami emosi mereka, dan mengamalkan tingkah laku yang lebih sihat, malah juga membantu mereka terlibat semula dengan kehidupan, membina semula motivasi, dan mendapat semula rasa kawalan.

Puvessha menggalakkan peserta untuk merenung dua perkara menggembirakan mereka hari sebelumnya, walau betapa sekecilnya. Dia menyatakan agar berlatih setiap hari supaya dapat membantu mida melihat perkara positif dan mengekalkan perspektif apabila cabaran timbul.

“Bagi mereka yang bergelut dengan kemurungan atau kebimbangan, kesedaran menghalang minda daripada hanyut ke masa lalu atau masa depan.”

Ini kerana apabila memikirkan masa lalu dan masa depan masing-masing menyebabkan rasa bersalah atau kesedihan dan menyemarakkan kebimbangan. Oleh itu, dengan kesedaran boleh semudah menala deria dengar, lihat, hidu, sentuh, atau rasa; fkiran tidak terperangkap dalam kebimbangan apabila menutup mata dan fokus pada bunyi di sekeliling.

Akhir sekali, sambungan dan pendapatkan bantuan juga penting; ia bukan muda untuk berkata, ‘Saya sedang bergelut,’ tetapi bercakap dengan orang dipercayai membuatkan perubahan besar. Walaupun ketika kemurungan membuatkan keinginan menarik dir, kekalkan sahaja hubungan; malah jangan teragak-agak menghubungi pakar psikologi, kaunselor, atau pakar psikiatri.

Dia berkata meminta bantuan bukannya kelemahan, tetapi merupakan keberanian.

Kesihatan mental dan fizikal saling berkait; amat sukar untuk memisahkan kedua-duanya, kerana ia bersinergi. Pakar psikologi perlu menolak masalah kesihatan fizikal jiga orang datang dengan masalah kesihatan mental, tetapi apabila sebaliknya berlaku, doktor juga haru mempertimbangkan kemungkinan faktor kesihatan mental.


Kekuatan Cerita Dikongsi

Terdapat pelbagai para peserta berkongsi pengalaman peribadi semasa sesi Soal Jawab selepas ceramah yang mengemukakan soalan dan membincangkan mitos mengenai kesihatan mental:

Pegawai kerajaan Ibrahim Hussein, 44, penghidap kanser tahap tiga sejak tiga tahun lalu:

Perasaan rendah diri kadang-kadang hanya manusia;

  • Berasa tertekan adakalanya normal, tetapi dengan pengetahuan yang betul dan petua mengatasi, ia tidak memberi kesan kepadanya.

Penyeliaan kes kesihatan mental dalam kalangan banduan Negeri Sembilan menunjukkan ramai banduan tidak dirawat telah mencapai tahap kritikal;

  • Untuk mendapatkan lebih banyak kesedaran tentang kesihatan mental, lebih-lebih lagi bilangannya terus meningkat

Percayaan pendidikan dan dialog terbuka adalah kunci kepada perubahan;

  • Memahami kesihatan mental dengan lebih baik, dan merancang untuk berkongsi apa yang telah dipelajari dengan rakan sekerja untuk menyebarkan kesedaran itu dengan lebih lanjut

Pentadbir Tan Shin Mei, 29:

Mungkin sedang bergelut dengan kemurungan secara senyap;

  • Mengalami kemurungan tetapi mereka tidak mahu menerimaknya, lalu membuatkannya ingin belajar lebih banyak cara untuk membantu orang lain

Menyokong seseorang yang melalui fasa ini menjejas emosi sendiri

  • Kadang-kadang terjejas secara emosi juga jika bercakap dengan orang yang bergelut

Adrien Teh, 60, penjaga ibunya yang sudah tua:

Terharu dan meletihkan emosi

  • Sangat terharu dan memberi tekanan sebagai penjaga sepenuh masa, dengan ini sentiasa sedar tentang kesihatan mentalnya, tetapi risau tentang ibunya juga; akan gelisah apabila sesuatu mencetuskannya

Menawarkan pandangan praktikal

  • Petua umum dikongsi sangat membantu seperti mendengar, menikmati detik-detik kecil, dan mengamalkan kesedaran; semua langkah kecil boleh membuat perubahan besar

Rashid Esoofi, 87, penghadir kali kedua bersama isterinya:

  • Sering menganggap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental adalah terasing daripada mesyarakat, tetapi sesi ini mengajarnya bahawa sebenarnya memerlukan perhatian dan pemahaman, bukan pengasingan
  • Acara ini platform yang hebat untuk mengingatkan semua bahawa mereka yang terjejas harus disertakan, bukan dikecualikan

Prof Andrew, dari awal:

  • Kemurungan adalah keadaan seperti penyakit fizikal lain, tetapi selalunya lebih mudah dirawat.
  • Perbualan normalisasi kesihatan mental membantu memecahkan stigman dan menggalakkan orang ramai untuk mendapat sokongan
  • Semakin banyak mereka bercakap mengenainya, semakin dekat kita dengan masyarakat yang benar-benar menyokong mereka yang sedang bergelut.

Rujukan: The Star

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Hidup Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Ada 7 Helai Baju, Doktor Ini Pilih Hidup Minimalis Demi Jiwa Tenang

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

October 8, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018

Hidup Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Ada 7 Helai Baju, Doktor Ini Pilih Hidup Minimalis Demi Jiwa Tenang

November 4, 2025

Batik Malaysia vs Batik Indonesia: Nampak Sama Tapi Sebenarnya Banyak Beza!

October 29, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.