Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Bengang Isteri Lupa Tutup ‘Aircond’, Suami Sorok ‘Remote’ Dan Bawa Ke Pejabat.

by Ayu Ieranatasya
November 10, 2025
in PEEK DAILY, Trivia, Uncategorized
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter


Perkara kecil dalam rutin harian sering menjadi pencetus pertelingkahan dalam rumah tangga, begitu yang dikongsikan seorang suri rumah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi akaun Threads @mayaaaayanaa, wanita itu menceritakan ketegangan berlaku apabila beliau terlupa mematikan penyaman udara di ruang tamu rumah mereka. Setiap malam sebelum masuk bilik tidur, dialah yang bertugas mematikan suis di ruang tamu bersama anak, manakala suaminya lebih awal masuk bilik.

“Ada satu hari, mungkin saya ingat dah tutup suis pendingin hawa sebab bila tekan remote ada bunyi, jadi saya rasa macam dah tutup. Keesokan paginya, suami kejut dan terus tanya kenapa tak tutup suis. Saya terkedu waktu itu sebab terjaga secara mengejut,” tulisnya.

Menurut wanita itu, suaminya menegur dengan nada sedikit bengang dan meninggalkan bilik selepas beliau cuba memberi penjelasan. Siang itu, beliau menyedari alat kawalan jauh penghawa dingin hilang dan mengesyaki suaminya menyembunyikan dalam beg kerja.

Setelah seminggu, wanita itu menemukan alat kawalan jauh tersebut di dalam beg kerja suaminya tetapi beliau menafikannya. Perkara itu membuatkan wanita tersebut berasa kecil hati kerana sebelum ini beliau kerap membantu membayar bil elektrik apabila jumlahnya meningkat dari kebiasaan..

“Kejadian ini membuatkan saya terasa hati kerana sering membantu membayar bil elektrik jika jumlahnya terlalu tinggi. Saya bayar lebih daripada bayaran harian, tetapi selepas itu kami terus tak bercakap dan dia tidur bilik lain,” jelasnya.

Kisah tersebut menarik pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyelar tindakan suami dan menganggap ianya biadap, seperti seorang pengguna yang menulis bahawa isteri sudah mengorbankan badan semasa mengandung. Ada pula yang melihat kisah itu sebagai simbol ketegangan yang lebih besar dalam rumah tangga, menekankan bahawa ia bukan soal aircond semata-mata, tetapi apa yang tersirat di sebaliknya.

Sesetengah pengguna memberikan komentar lebih sinis, mencadangkan supaya wanita itu “cabut sahaja aircond dan simpan dalam kereta suaminya” jika perkara sama berulang. Tidak kurang juga yang menekankan bahawa isu kecil sebegini seharusnya diselesaikan secara matang, dan bukan dijadikan bahan luahan di media sosial.

Walaupun kelihatan remeh, kisah tular ini menunjukkan bahawa perkara kecil dalam rutin harian boleh menjejaskan keharmonian pasangan jika tidak ditangani dengan baik.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Introvert vs Extrovert: Dua Personaliti, Dua Cara Dunia Dilihat

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.