Sumber: Kala
Ramai yang masih keliru bila sebut pasal batik sebab kalau tengok sepintas lalu, corak dia macam sama je. Tapi tahu tak, batik Malaysia dan batik Indonesia sebenarnya dua gaya yang berbeza walaupun nampak serupa di mata kasar?
Asal-Usul Batik
Ramai sangka batik hanya berasal dari Indonesia, tapi sebenarnya, sejarah seni batik ni lebih panjang dari yang disangka. Menurut Jabatan Warisan Negara, batik dipercayai sudah wujud sejak 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi lagi!
Di Tanah Melayu pula, budaya batik mula berkembang sekitar abad ke-19 melalui Perusahaan Batik Minah Pelangi di Kuala Terengganu. Dari situ, ia merebak ke Kelantan melalui usaha Haji Che Su bin Ishak sekitar tahun 1911.
Masa tu, batik kita hanya berwarna biru dan hitam, dikenali sebagai Batik Pelangi dibuat guna teknik ikat dan celup. Tapi seiring masa, seni ni berkembang dengan corak yang lebih berani, moden dan kreatif.
Corak: Malaysia Suka Bebas, Indonesia Lebih Tradisi
Kalau batik Indonesia, coraknya lebih geometrik dan sarat dengan simbol falsafah. Contohnya, corak parang dan kawung tak boleh dipakai sembarangan sebab dulu khas untuk golongan diraja.
Tapi batik Malaysia pula lebih bebas dan kreatif. Pereka batik suka guna motif alam semula jadi macam bunga raya, daun kelapa, atau ombak laut. Tak hairanlah batik kita nampak lebih lembut dan berwarna-warni.
Batik Indonesia
Sumber: bhinneka
Batik tradisional dibuat guna canting iaitu alat kecil untuk melukis lilin panas atas kain. Prosesnya sangat halus dan ambil masa lama.
Batik Malaysia
Sumber: Tokopedia
Teknik lukisan tangan dan cetakan blok digunakan pada batik Malaysia. Hasilnya, batik Malaysia nampak lebih spontan dan moden yang sesuai dengan gaya hidup orang kita yang lebih urban.
Kalau dulu batik sinonim dengan kain sarung atau basahan wanita di rumah, sekarang batik dah jadi simbol gaya moden dan identiti bangsa.
Motif batik Malaysia banyak diinspirasikan oleh unsur alam iaitu bunga, daun, dan corak organik yang lembut.
Kini, batik bukan lagi untuk wanita saja, lelaki pun makin ramai bergaya dengan batik, terutamanya setiap hari Khamis di sektor awam.
Batik lelaki biasanya ringkas dengan corak geometri dan warna sederhana, manakala batik wanita pula lebih berani iaitu dengan corak besar, warna terang, dan gabungan tona yang memukau.
Walaupun berbeza dari segi gaya dan teknik, batik tetap jadi lambang keindahan seni dan jati diri Nusantara.
Batik bukan sekadar fesyen, tapi warisan yang terus hidup dari istana lama hingga ke pentas dunia moden.
SUMBER RUJUKAN: ECENTRAL


