Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Baru Seminit Lewat, Dah Kena Saman. Pengguna Luah Rasa Kecewa Isu Parkir Kupon

by Ayu Ieranatasya
October 23, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Paparan daripada media sosial menunjukkan rungutan pengguna mengenai isu saman parkir yang dikenakan sebaik kupon tamat tempoh. – Foto ihsan pengguna media sosial

Isu saman parkir kerana lewat satu atau dua minit pernah menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna jalan raya di Malaysia. Walaupun perkara ini sudah lama dibangkitkan, ramai masih berkongsi pengalaman serupa, disaman walaupun baru beberapa minit selepas masa parkir tamat.

Antara rungutan utama ialah tindakan penguat kuasa yang dianggap terlalu tegas hingga menyaman pengguna walaupun hanya lewat seminit dua selepas kupon tamat.

Di platform Thread, seorang pengguna berkongsi pendapat bahawa pihak berkuasa tempatan sepatutnya memberi sedikit tempoh budi bicara, terutama kepada individu yang memang telah membuat bayaran parkir tetapi terlewat sedikit kerana urusan tidak dijangka.

“Aku dah bayar parking 7 jam dari 9.15 sampai 3.15, tapi pukul 3.51 dia saman RM10. Pukul 4 baru habis tempoh parking. Sumpah aku tak halalkan duit saman tu,” tulisnya.

Ada juga pengguna lain mendakwa penguat kuasa “menunggu depan parking” semata-mata untuk keluarkan saman sebaik sahaja masa kupon tamat.

“Contohnya kupon habis pukul 12.00, pukul 12.01 dah kena saman,” kata seorang lagi pengguna.

Aplikasi parkir yang berbeza ikut kawasan

Selain isu masa yang ketat, rata-rata pengguna juga turut mengadu tentang kekeliruan aplikasi parkir yang berbeza di setiap negeri dan majlis tempatan.

Pengguna perlu memuat turun aplikasi berasingan seperti Park@Perak, Smart Selangor, FlexiParking, MBPJ, dan MPSJ Parking dan kesemuanya mendaftar masuk terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.


Pengguna Harap Ada Pendekatan Lebih Mesra Rakyat

Walaupun aduan mengenai isu ini sudah lama kedengaran, ia masih menunjukkan bahawa sistem parkir awam negara memerlukan penyelarasan dan pendekatan lebih mesra pengguna. Ramai berharap agar pihak berkuasa dapat mempertimbangkan tempoh budi bicara serta penyeragaman sistem parkir digital di seluruh negeri.

Meskipun isu ini bukan perkara baharu, ia tetap menjadi perbincangan hangat kerana ramai merasakan sistem sedia ada tidak memihak kepada pengguna. Harapnya selepas ini ada solusi lebih praktikal bukan sekadar saman automatik setiap kali masa parkir habis.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Bila Sekali Dah Cuba Beli Online, Susah Nak Berhenti! Ini Sebabnya

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Batik Malaysia vs Batik Indonesia: Nampak Sama Tapi Sebenarnya Banyak Beza!

October 29, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.