Jikalau anda tidak tahu lagi, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan program bantuan tunai dari kerajaan Malaysia, di mana ia dilancar di bawah Belanjawan 2025, khususnya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM); juga sebahagian daripada penyasaran semula subsidi kerajaan ; dan bermula dengan pembayaran Fasa 1 pada awal tahun 2025 dan diteruskan dalam beberapa fasa seterusnya sepanjang tahun itu.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula selari dengan program STR sebagai tambahan bantu tunai kepada golongan yang sama, bertujuan untuk meringankan beban kos barangan asas. Boleh dikatakan ia bermula secara serentak dan berkait rapat dengan program STR yang bermula pada 2025 sebagai satu inisiatif tambahan. Namun begitu, apakah perbezaan antara kedua-duanya? Artikel ini akan menerangkan dengan selanjutnya.
STR
1. Objektif Utama
Secara ringkasnya, program ini adalah untuk meringankan beban kewangan kepada golongan-golonga yang tertentu, melindungi golongan rentan lalu dapat memastikan golongan yang paling terkesan tidak terpinggir, dan merupakan penambahbaikan daripada program-program bantuan tunai sebelumnya (BKM< BPR< BSH, dan BR1M).
2. Kategori dan Syarat Kelayakan Utama STR 2026
Justeru, kelayakan program ini dibahagi kepada tiga kategori mengikut had pendapatan tertentu (jumlah bantuan akan berbeza bergantung kepada kategori kelayakan, jumlah anak/tanggunganm dan paras pendapatan, dan yang akan dinyatakan adalah garis panduan):
Isi Rumah
- kahwin, ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak
- pendapatan isi rumah bawah RM5000 sebulan
Warga Emas Tiada Pasangan
- warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan
- pendapatan ke bawah RM5000 sebulan juga
Bujang
- warganegara Malaysia yang berumur 21-59 tahun (OKU layak dari 19 tahun ke atas), dan bukan pelajar sepenuh masa
- pendapatan ke bawah RM2500 sebulan
3. Jumlah Bantuan STR (Kadar Tahunan)
Seperti yang dinyatakan di subtopik sebelum ini, amaun bantuan adalah berdasarkan kategori pendapatan dan bilangan anak tanggungan (ini hanyalah jumlah dari STR sahaja dan tidak termasuk SARA):
Isi Rumah (Pendapatan ke bawah RM2500)
- lima anak atau lebih; RM2200
- tiga hingga empat anak; RM1800
- satu hingga dua anak; RM1300
- tiada anak; RM700
Isi Rumah (Pendapatan RM2501 hingga RM5000)
- lima anak atau lebih; RM950
- tiga hingga empat anak; RM700
- satu hingga dua anak; RM450
- tiada anak; RM200
Warga Emas Tiada Pasangan
- mendapat RM600
Bujang
- RM600* (Bayaran Bujang kini disalurkan melalui SARA)
*Tambahan juga yang individu bujang dari 21 hingga 59 tahun, dan pendapatan ke bawah RM2500 menyalurkan bantuan melalui SARA dengan amaun RM600 setahun (RM50 sebulan)
4. Sumbangan Asas Rahmah
Walaupun tidak berkait, sumbangan bertindak sebagai sumbangan tambahan yang diberi kepada penerima STR yang berstatus Miskin dan Miskin tegar eKasih; di mana penerima tersebut hanyalah terhad kepada yang lulus STR dan disenaraikan sebagai kategori tersebut.
Selain itu, amaun SARA bergantun kepada kategori, tetapi kebiasaannya RM1200 setahun (RM100 sebulan) untuk isi rumah eKasih; manakala ia disalur kepada bentuk tanpa tunai (cashless) ke MyKad penerima untuk pembelian 14 kategori barangan asas di kedai/pasar raya terpilih di Semenanjung Malaysia, atau secara tunai/krdit ke akaun bank di Sabah, Sarawak, dann W.P. Labuan.
5. Permohonan dan Pembayaran
Akhir sekali, permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR dibuka sepanjang tahun, di mana ia boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR atau secara manual di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berdekatan; tambahan pula, pengemaskinian adalah disarankan terutamanya jika tiada kemas kini selama tiga tahun berturut-turut agar maklumat terkini dan kelayakan berterusan
Dari segi pembayaran pula, ia dibuat secara berfasa sepanjang tahun (Fasa 1 hingga 4) melalui pengkreditan ke akaun bank pemohon/pasangan dan penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank.
SARA
1. Pengenalan dan Objektif SARA
Ia merupakan program bantuan bersasar tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak; ia bertujuan membantu penerima memenuhi keperluan barangan asas harian dan mengurangkan beban kos sara hidup, terutamanya bagi golongan yang berada dalam status Miskin dan Miskin Tegar; ia juga disalurkan dalam bentuk bantuan tanpa tunai (cashless aid) melalui sistem MyKasih. Kredit akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas terpilih.
2. Syarat Kelayakan SARA
Warganegara Malaysia
- Wajib
Lulus STR 202
- Mesti berstatus lulus sebagai penerima STR 2026 dalam mana-mana kategori (Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, atau Bujang)
Status Miskin/Miskin Tegar eKasih
- Kategori utama yang menerima kadar SARA tertinggi, iaitu mereka yang tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri
Penerima STR Sahaja (Bukan eKasih)
- Kelayakan SARA diperluas kepada semua penerima STR kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan (walaupun bukan eKasih), tertakluk kepada kadar bantuan yang berbeza
Individu Bujang
- Individu Bujang (21-59 tahun) yang berpendapatan $\le$ RM2,500 yang dahulu menerima STR tunai, kini bayaran mereka digantikan dan disalurkan melalui SARA (MyKasih)
3. Amaun dan Kadar Bantuan SARA (Tahunan)
Isi Rumah (Miskin Tegar & Miskin eKasih)
RM1,200/RM100 sebulan
Warga Emas Tiada Pasangan (Miskin Tegar & Miskin eKasih)
RM600/RM50 sebulan
Bujang (Miskin Tegar & Miskin eKasih)
RM600/RM50 sebulan
Isi Rumah (Bukan eKasih (Lulus STR Sahaja))
RM1,200/RM100 sebulan
Warga Emas Tiada Pasangan (Bukan eKasih (Lulus STR Sahaja))
- RM600/RM50 sebulan
Bujang (21-59 tahun) (Lulus STR sahaja)
- RM600/RM50 sebulan
4. Kaedah Penyaluran Bantuan
Semenanjung Malaysia Tanpa Tunai (Cashless) – Kredit bulanan dimasukkan secara automatik ke dalam MyKad penerima (menggunakan sistem MyKasih). Penerima boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di kedai/pasar raya berdaftar.
Sabah, Sarawak, dan W.P. Labuan Pengkreditan ke Akaun Bank / Tunai – Bayaran SARA disalurkan ke akaun bank atau boleh dituntut secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR. Bayaran dibuat secara ansuran (cth: dua kali setahun).
5. Barangan Keperluan Asas yang Boleh Dibeli
Secara ringkas, penerima SARA di Semenanjung Malaysia boleh membeli barangan keperluan asas terpilih daripada 14 kategori produk yang diluluskan di rakan niaga MyKasih/SARA berdaftar, termasuklah:
- Beras
- Telur
- Roti
- Minyak Masak
- Tepung
- Mi Segera
- Biskut
- Susu
- Kopi dan Teh
- Bahan Perasa (seperti sos, kicap, gula)
6. Semakan Status Kelayakan SARA
Akhir sekali, penerima boleh menyemak status kelayakan SARA (dan baki kredit) melalui Portal Rasmi SARA/MyKasih dan memasukkan nombor MyKad dan juga mendapat pemberitahuan melalui SMS atau surat pemakluman yang dihantar ke alamat berdaftar STR.
Itu sahaja perbezaannya antara STR dan SARA. Jikalau anda menginginkan maklumat yang juga mendalamkan perkara ini, anda boleh melayari artikel ini.