Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Keguguran Rambut

by Bunyamin Azuddin
November 10, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kehidupan, perkara biasa di mana kita akan keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai setiap hari. Kemungkinan akan meningkat dari pelbagai sebab iaitu perubahan musim, tahap hormon, atau perubahan diet.

Tidak perlu bimbang kerana ianya adalah perkara semula jadi apabila keguguran rambut berlaku.

Namun, jika rambut anda gugur secara berlebihan ataupun berterusan dari kebiasaan, kemungkinan besar bahawa tubuh anda memerlukan nutrien penting.

Pakar trikologi, Anabel Kingsley mengujar apabila badan kekurangan nutrien, rambut perkara pertama yang akan terjejas kerana tisunya sensitif dan bukan keutamaan badan.

 

Ada cara yang berbeza sebelum mengambil pengambilan vitamin dan mineral iaitu suplemen dapat membantu dalam menyokong kesihatan rambut. Tetapi, diet seimbang yang kaya dengan protein, sayur-sayuran, dan bijiran penuh juga dapat membantu menyerap nutrien dengan lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, jika suplemen, diet, vitamin, dan mineral yang dinyatakan tidak memberi sebarang perubahan, anda hendaklah mendapatkan nasihat pakar kesihatan kerana ianya penyelesaian terbaik dalam mendapatkan alternatif untuk penjagaan rambut.

Oleh itu, ini antara vitamin dan mineral yang dapat memberikan nutrien untuk penjagaan rambut:

Vitamin D (Cahaya Matahari)

Kekurangan pengambilan vitamin D ini bakal menganggu pertumbuhan rambut lalu keguguran rambut menjadi lebih kerap berbanding kebiasaan.

Pengambilan vitamin ini adalah semula jadi kerana untuk membantu mengekalkan tahap vitamin D yang sihat, anda boleh menghabiskan masa di luar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari atau mengambil pengambilan makanan yang diperkaya dengan vitamin D.

Zink

Secara ringkas, mineral ini berperanan dalam mengukuhkan folikel rambut. Zink mempercepatkan pemulihan folikel yang lemah. Kekurangan mineral ini akan menyebabkan rambut lepuh dan rapuh, mudah patah, dan kurang bermaya.

Kekacang, biji-bijian, dan bijiran penuh merupakan sumber zink yang baik dalam membantu pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

Biotin

Vitamin ini membantu dalam penumbuhan dan penukaran protein lemak. Karbohidrat daripada makanan dijadikan tenaga. Tenaga yang mencukupi dapat mempengaruhi sel rambut (di mana ia sel yang paling cepat berkembang). Tetapi kekurangan vitamin ini jarang berlaku.

Pendekatan diet dan nutrien yang lebih seimbang adalah lebih berkesan berbanding pengambilan suplemen. Biotin membantu untuk menghentikan peguguran rambut.

Zat Besi dan Ferritin (Zat Besi Tersimpan)

Peranan utama mineral ini untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh termasuk folikel rambut melalui penghasilan sel darah merah.

Walaupun mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, suntikan untuk mempercepat pemulihan, atau suplemen, tubuh badan masih memerlukan tiga hingga enam bulan sebelum paras ferritin kembali normal.

Kekurangan zat besi dalam badan sering berkait dengan keguguran rambut berlebihan atau telogen effluvium, terutama wanita haid ataupun yang mengamalkan diet vegetarian dan vegan.

Tambahan pula, kekurangan nutrien ini menyebabkan kulit menjadi pucat dan keletihan akibat tenaga yang rendah.

Vitamin B12

Peranan vitamin ini pula membantu metabolisme asid amino dalam pembinaan rambut malah memastikan sel darah merah sentiasa sihat agar oksigen dapat dibekalkan secara mencukupi ke folikel rambut.

Rambut menipis, keletihan, kelemahan badan dan masalah saraf adalah antara kesan kekurangan vitamin ini.

Namun, vegetarian dan vegan hendaklah berhati-hati dalam pengambilan harian untuk vitamin ini kerana sumber haiwan kebanyakannya berada di dalam vitamin ini.

Tetapi, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengelak masalah ini, termasuklah telur dan produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt.


Rujukan: Majoriti

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Hab Inovasi Garuda Spark: Inovasi Digital Di Medan

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Foto: Apple Support

Mode ‘Do Not Disturb’ Di iPhone? Apa Fungsinya?

November 7, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.