INSENTIF GOMEN

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Insentif Cukai Sukan Yang Akan Datang

Untuk pengetahuan anda, insentif yang dinyatakan dimumkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yang akan datang, di mana ia diumumkan pertama sekali pada 11 Oktober yang lalu selaras juga dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026.

Ia juga disokong oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Namun begitu, apakah perkara-perkara yang terlibat dalam insentif ini, mengapakah dan bagaimanakah insentif ini berpotensi untuk menolong dalam masa yang akan datang? Di artikel ini akan menerangkan dengan selanjutnya.


Untuk memulakan, insentif pengeculian cukai ini adalah ia memotong 50 peratus daripada cukai asal, yang mana asalnya hanyalah memotong 10 peratus sahaja untuk penajaan.

Untuk pemotongan 50 peratus, ia adalah ke atas syarikat yang menganjurkan aktiviti kebudayaan dan kesenian, dan pelancongan, lalu juga menarik peserta asing untuk terlibat dalam pertandingan sukan rekreasi bertaraf antarabangsa;

Manakala faktor ia dinaikkan dari asal adalah untuk menunjukkan sokongan yang lebih besar kepada penganjur sukan bertaraf dunia, dan juga dapat menolong untuk mengurangkan kebebanan dari segi kewangan, terutama kepada pengajur dan peserta dari luar negara, dan juga menarik minat orang tempatan dalam sektor sukan.


Namun begitu, jikalau ingin mendapatkan insentif ini, setiap penganjur hendaklah mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar dapat kepastian pematuhan syarat seperti insurans dan permit pihak berkuasa tempatan agar tidak berlaku isu yang tidak diingini. Hannah Yeoh memberi komen tentang perkara ini:

“Kita tidak mahu mana-mana pihak menganjurkan kejohanan antarabangsa tanpa kebenaran negara. Jika tidak memenuhi syarat seperti insurans atau permit pihak berkuasa tempatan, ia boleh menjejaskan imej Malaysia. Justeru, saya menyeru mana-mana syarikat atau persatuan sukan supaya mendapatkan kebenaran daripada KBS terlebih dahulu.”


Seterusnya, juga terdapatnya pengecualian 100 peratus cukai yang diberi kepada syarikat yang menyumbang kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN), yang merangkumi pelbagai program latihan dan kebajikan atlet negara, menggalakkan lebih banyak sokongan korporat terhadap pembangunan sukan secara menyeluruh.

“Cuma sumbangan ini bukan dalam bentuk penajaan kepada satu sukan tertentu, sebaliknya untuk manfaat semua atlet dan program pembangunan sukan negara,” dia juga menyatakan.


Menteri Hannah Yeoh juga menekankan insentif ini bukan sekadar insentif jangka pendek tetapi bertujuan menjadikan sukan sebagai gaya hidup rakyat, termasuk latihan sukan, pembelian peralatan, dan yuran pertandingan; oleh itu, dia turut menyeru semua persatuan sukan agar lebih proaktif dalam mengumpul dan melaporkan data penganjuran bagi memastikan setiap pelaburan sukan dapat menunjukkan pulangan positif kepada negara.


Itu sahaja perkara-perkara yang terlibat dalam insentif cukai baharu ini dalam industri sukan.