Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Anak Guna Telefon Pintar 17 Jam Di Rumah? Ibu Bapa Kena Lebih Peka!

by Farah Fatihah
October 23, 2025
in Berita, PEEK DAILY, Pendidikan, Telefon Pintar
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: neuroversiti

KUALA LUMPUR – Isu larangan penggunaan telefon pintar di sekolah semakin hangat dibincangkan selepas kerajaan menyarankan langkah ini bagi membendung masalah disiplin dan pengaruh negatif media sosial dalam kalangan pelajar. Namun, ramai orang berpendapat larangan itu belum tentu mampu menyelesaikan masalah sosial pelajar sepenuhnya.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), Dr. Anuar Ahmad, pelajar sebenarnya hanya berada di sekolah lebih kurang tujuh jam sahaja sehari. Selebihnya, 17 jam lagi mereka habiskan di rumah!

Jadi, kalau hanya sekolah yang melarang tapi ibu bapa tidak memantau anak di rumah, pengaruh negatif dari telefon pintar tetap akan masuk. Anak-anak boleh je “scroll” TikTok, main game, atau tengok kandungan tak sesuai tanpa ada siapa kawal.

“Kalau hanya pihak sekolah yang bertindak, tapi di rumah anak bebas guna telefon sesuka hati, susah nak nampak perubahan,” kata Dr. Anuar kepada BH.

Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan telefon pintar secara berlebihan boleh menjejaskan tumpuan belajar, waktu tidur, dan kesihatan mental.

Dr. Anuar Ahmad turut menjelaskan bahawa walaupun peraturan dan dasar baharu kerajaan itu wajar dilaksanakan, tahap kesedaran ibu bapa juga perlu dipertingkatkan.

Justeru, perlu ada penegasan yang lebih tegas dari segi undang-undang terhadap ibu bapa yang gagal memantau penggunaan telefon pintar anak mereka. Jika tidak, peraturan yang dikuatkuasakan tidak akan memberi impak besar dalam usaha membendung masalah salah laku dalam kalangan pelajar.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa peraturan baharu ini juga perlu dilaksanakan dengan jelas bagi melindungi guru dan pihak sekolah sekiranya mereka mengambil tindakan sewajarnya, termasuk merampas telefon pintar pelajar yang melanggar arahan.

Jadi, ibu bapa cuba semak semula berapa jam anak anda pegang telefon setiap hari. Kadang-kadang tanpa sedar, mereka dah habiskan 17 jam menatap skrin, bukan dunia sebenar.

SUMBER RUJUKAN: BERITA HARIAN

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
Next Post

Insentif Kereta EV Tamat 2025, Cepat Beli Sebelum Cukai Kembali!

TRENDING

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 – 4 Kali Seminggu

December 1, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.