Wah! Tidak siapa sangka yang Luckin Coffee, iaitu jenama kopi antarabangsa, mengumumkan bahawa ia telah memperolehi Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk cawanganya di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri di Malaysia, yang diumumkan pada 23 Oktoeber 2025.
Boleh dikatakan yang status perakuan Halal itu menolong jenama itu diiktirafkan dengan tanda aras kualiti dan kepercayaan kerana mematuhi piawaian Halal kepada rakyat Malaysia, malah juga menghormati nilai serta prinsip yang dijunjung tinggi di negara, lalu selaris dengan aspirasi negara mewujudkan persekitaran kukuh berlandaskan piawaian Halal.
Mengenai Luckin Coffee Malaysia
Jenama ini sebenarnya sebahagian daripada rangkaian global yang bermula sejak 2017, dengan ibu pejabat di China. Ia antara jenama kopi runcit terkenal yang fokus pada produk berkualiti tinggi, mudah didapati dan harga berpatutan semuanya berasaskan teknologi moden. Di Malaysia, jenama ini dikendalikan oleh Global Aroma Sdn Bhd, anak syarikat Hextar Industries Berhad, yang berazam untuk jadikan jenama ini antara nama besar dalam dunia kopi dan sebati dengan rutin harian rakyat.
Luckin Coffee Malaysia: Jenama Global, Semangat Tempatan, Piawaian Halal
Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee Malaysia Dr. Jeff Lim berkata,
“Kami amat berbangga untuk memaklumkan bahawa LUCKIN COFFEE kini secara rasmi diperakui Halal. Ini merupakan komitmen kami bagi memastikan setiap pelanggan dapat menikmati LUCKIN COFFEE dengan kepercayaan. Dengan pensijilan ini, kami memperkukuhkan hubungan kami dengan komuniti dan mengulangi janji kami untuk menyampaikan kualiti yang boleh dipercayai kepada seluruh rakyat Malaysia.”
Januari 2025 adalah tahun jenama ini memasuki pasaran, dan ia bertujuan untuk memberi penalaman runcit tanpa gangguan dipacu teknologi, dan menawarkan kemudahan, inovasi, malah nilai mampu milik kepada pelanggan. Dr. Jeff Lim menyatakan:
“Sebagai jenama yang dikendalikan dengan bangga oleh rakyat Malaysia, kami mengambil piawaian Halal dengan amat serius sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap pendekatan tempatan. Ia bukan sekadar memberi jaminan kepada komuniti, tetapi juga membina pilihan yang lebih selamat, diyakini dan penuh keyakinan untuk semua rakyat Malaysia. Dengan pendirian tegas ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan lagi kehadiran LUCKIN COFFEE di Malaysia.”
Pengurus Pematuhan Halal Luckin Coffee Malaysia Ahmad Aminurrashid bin Abd Aziz berkata:
Luckin Coffee kini berhasrat untuk mempercepatkan pengembangannya di seluruh negara dengan pensijilan Halal sebagai salah satu langkah utama. Dengan prospek pasaran yang positif dan industri F&B yang semakin rancak, langkah ini selaras dengan visi jangka panjang jenama untuk memperkukuh gaya hidup kopi berasaskan teknologi di Malaysia. Secara berperingkat, setiap cawangan juga akan mendapatkan sijil Halal supaya jenama ini lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua pelanggan.
Perayaan Pensijilan Halal: Tawaran Istimewa RM3.99 Untuk Semua Minuman Di Semua Cawangan
Luckin Coffee nak kongsi kegembiraan dengan semua, mereka tawarkan promosi istimewa RM3.99 selama dua hari sahaja (30 dan 31 Oktober 2025)! Tawaran ini dibuat sebagai tanda terima kasih atas sokongan hebat daripada para peminat setia sempena kejayaan besar jenama ini.
Promosi ini berlangsung di semua cawangan sekitar Lembah Klang, kecuali di Highlands Hotel, Genting. Melalui sambutan ini, Luckin Coffee menegaskan komitmennya untuk terus menyajikan minuman berkualiti tinggi yang boleh dinikmati semua rakyat dengan penuh keyakinan.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi Luckin Coffee, anda boleh melayari laman sesawang, mengikut saluran media sosial rasmi Facebook, Instagram, Tiktok, XiaoHongsu, atau melayari aplikasi LUCKIN COFFEE yang dimuat turun secara PERCUMA di Apple App Store, Google Play, dan Huawei App Gallery.
Jika kalian ingin pertanyaan media, anda boleh menghubungi nombor telefon Pengurus erhubungan Awam Luckin Coffee Malaysia Jane Goh: +6013 3121027; atau pergi ke e-melnya: jane.goh@hextarretail.com


