Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

AIFFA 2025 Angkat Bakat Muda dan Semangat Baharu Sinema ASEAN

by Iffah Najwa
November 14, 2025
in PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih 200 Filem, 47 Universiti, dan Harapan Baharu untuk Generasi Pembikin Filem Asia

Festival Filem & Anugerah Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 membuka tirainya dengan penuh semangat dan inspirasi, bukan sahaja meraikan filem terbaik rantau ini, tetapi juga memperkukuh komitmen terhadap pembangunan bakat muda dan kolaborasi serantau.

Bertemakan “Under the Stars”, malam pembukaan yang berlangsung di Hotel Grand Margherita, Kuching menyaksikan kehadiran penggiat filem dari seluruh negara ASEAN termasuk anggota terbaharu, Timor Leste.

 

 

Lebih daripada sekadar acara berprestij, AIFFA tahun ini menjadi simbol pertumbuhan pesat sinema Asia yang semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Peningkatan Rekod Penyertaan

Pengarah Festival AIFFA, Livan Tajang berkata, AIFFA 2025 mencatat sejarah apabila menerima lebih 200 penyertaan filem, jumlah tertinggi sejak festival ini diperkenalkan.

Kita terima dua ratus penyertaan, dan ini adalah rekod baharu kerana sebelum ini tidak pernah mencecah angka tersebut. Sewaktu festival bermula dahulu, hanya lapan filem sahaja yang dihantar. Ini benar-benar satu perkembangan besar buat industri filem ASEAN.

Katanya, AIFFA kini bukan sahaja terbuka kepada negara ASEAN, malah meluaskan jangkauan penyertaan kepada negara-negara Asia lain menjadikannya platform yang semakin inklusif dan dinamik.

Fokus Baharu: Bina Generasi Pembikin Filem Muda

Selain meraikan karya profesional, AIFFA tahun ini turut memperkukuh kerjasama dengan Asian UniFest, sebuah inisiatif khas untuk pelajar universiti dari tujuh negara Asia.

Kami menerima penyertaan daripada 47 universiti dengan kira-kira 150 pelajar. Negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei turut serta. Misi kami jelas, untuk membina generasi pembikin filem masa depan

Tambahnya, AIFFA ingin menjadi landasan permulaan bagi pelajar yang beraspirasi untuk menceburi dunia perfileman profesional.

Apabila mereka ada platform seperti ini, mereka akan ingat AIFFA. Dan bila mereka sudah menjadi profesional nanti, mungkin mereka akan kembali ke AIFFA sebagai peserta.

Karya ASEAN Terus Menyerlah

Antara calon utama tahun ini termasuk Inside the Yellow Cocoon Shell dari Vietnam, Abang Adik dari Malaysia, serta Some Nights I Feel Like Walking dari Filipina.

Ini membuktikan kekuatan sinema ASEAN dari segi penceritaan dan teknikal.

Ketua Juri AIFFA 2025, U-Wei Haji Saari, menyifatkan karya yang dipertandingkan sebagai cerminan kekayaan budaya dan kepelbagaian sosial rantau ini.

Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi pengalaman yang memperkayakan. Filem-filem ini menggambarkan identiti dan jiwa ASEAN dengan cara yang mempesonakan.

Menuju Malam Gala AIFFA 2025

Dengan peningkatan penyertaan, penglibatan pelajar dan kerjasama rentas negara, AIFFA 2025 terus mengukuhkan reputasinya sebagai jambatan budaya dan kreativiti Asia.

Pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada Malam Gala AIFFA 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 15 November 2025 di Colosseum Ballroom, Hotel Pullman, Kuching.

AIFFA bukan sekadar festival.

Festival ini adalah gerakan yang menghubungkan bakat baharu, memperkukuh industri filem ASEAN, dan menyalakan semula semangat penceritaan di pentas global.

 

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Cara Lain Untuk Lebih Bertenaga Tanpa Peminuman Kafein

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.