Square Enix bakal memperkenalkan satu lagi kerjasama menarik apabila Final Fantasy 7:Ever Crisis menerima kehadiran kandungan bertema NieR: Automata bermula 27 November.
Crossover ini sekali lagi menampilkan watak ikonik, 2B, yang semakin dikenali sebagai antara figura paling kerap muncul dalam pelbagai judul permainan video.
Kerjasama ini bukan sekadar penampilan kosmetik, tetapi turut menawarkan pertarungan baharu, ganjaran acara serta elemen eksklusif yang memberikan pengalaman tersendiri kepada para pemain.
2B Ditampilkan Sebagai Boss Baharu
Acara crossover ini hadir dalam dua bahagian, dengan sorotan utama kepada misi pertarungan menentang YoRHA No.2 Type B. Misi khas tersebut akan tersedia bermula 5:00 PDT, 27 November, menerusi quest bertajuk “YoRHa No. 2 Type B Intercept: Encounter in the City Ruins”.

Melalui penyertaan dalam Event Panel Missions, pemain boleh memperoleh Enemy Ability baharu, diinspirasikan daripada serangan akrobatik yang digunakan oleh 2B dalam pertarungan tersebut.
Kostum YoRHa Untuk Yuffie dan Tifa
Seperti kebanyakan crossover dalam judul gacha, kandungan kosmetik turut menjadi tarikan utama. Pemain berpeluang mendapatkan:
- Kostum YoRHa untuk Yuffie dan Tifa
- Blindfold dan Android-style outfit menyerupai 2B
- Weapon skins bertema NieR: Automata
Item kosmetik ini diperoleh melalui sistem gacha, namun acara ini menyediakan 10 cabutan pertama setiap hari, sekali gus meningkatkan peluang pemain untuk mendapatkan set pakaian lengkap YoRHa.
Bonus Acara & Ganjaran Harian
Sepanjang acara berlangsung, pemain turut menerima pelbagai ganjaran termasuk:
- 10 cabutan percuma harian untuk banner kosmetik
- 1 cabutan crossover percuma setiap hari
- Login bonus sehingga 3,000 Blue Crystals
- Event Panel Missions yang membuka akses kepada Enemy Ability eksklusif
Walaupun Ever Crisis sinonim dengan microtransaction, penawaran bonus ini memberikan laluan lebih mudah kepada pemain untuk mecuba kandungan crossover tanpa tekanan pembelian.

NieR: Automata Terus Kukuhkan Legasi Crossover
Kemunculan NieR: Automata dalam Ever Crisis menambah satu lagi kolaborasi kepada senarai panjang game yang pernah menyertakan francais berkenaan. Sebelum ini, NieR: Automata telah muncul dalam:
- Stellar Blade
- Final Fantasy XIV
- Soul Calibur VI
- Babylon’s Fall
- Punishing Gray Raven
Kekerapan kemunculan ini memperlihatkan bagaimana NieR: Automata terus menjadi antara francais paling berpengaruh dalam trend kerjasama silang industri permainan video.
Crossover NieR: Automata x Final Fantasy 7: Ever Crisis menawarkan kandungan lengkap merangkumi pertarungan baharu, kosmetik eksklusif dan ganjaran yang menggalakkan penglibatan pemain sepanjang event.
Kepada peminat 2B, ini merupakan peluang terbaik untuk menambah koleksi bertema YoRHa dalam permainan video.













