Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

SPM Musim Banjir, Peperiksaan Tetap Jalan Di Seluruh Negeri Bermula Hari Ini

by Ayu Ieranatasya
November 25, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bermula hari ini mengikut jadual di seluruh negara, termasuk negeri yang sedang berdepan situasi banjir selepas pelbagai langkah kesiapsiagaan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, memaklumkan bahawa seramai 413,372 calon memulakan peperiksaan bertulis dengan mata pelajaran pertama, Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2.

‘Walaupun Tengkujuh, Kita Tetap Jalan’ – KPM

Dr Mohd Azam Bin Ahmad
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad

Walaupun peperiksaan kembali dilaksanakan pada hujung tahun yang sering dikaitkan dengan musim tengkujuh dan risiko banjir, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetap memastikan pelbagai langkah kesiapsiagaan digerakkan lebih awal.

Menurut tinjauan Berita Harian, Dr Mohd Azam menjelaskan bahawa peperiksaan SPM tahun ini kembali dilaksanakan mengikut jadual asal walaupun berlangsung ketika musim tengkujuh. Beliau juga memaklumkan bahawa KPM bersama Lembaga Peperiksaan, JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) sudah mengambil mengambil langkah-langkah kontingensi bagi menghadapi cabaran musim banjir.

“Kita kembali kepada jadual asal seperti dahulu, walaupun berhadapan musim tengkujuh. KPM bersama LP, JPN dan PPD sudah mengambil langkah-langkah kontingensi bagi menghadapi cabaran banjir.”

Antara persiapan KPM termasuk:

  • Ops Payung bersama NADMA untuk koordinasi bantuan segera
  • Pemantauan laluan dan pergerakan calon di kawasan terjejas
  • Simulasi pengurusan peperiksaan dalam situasi banjir (yang telah dilakukan di Kuala Terengganu September lalu)
  • Kemaskini maklumat cuaca harian daripada METMalaysia

Pada jam 6.30 pagi, semua Pengarah Pendidikan Negeri mengesahkan peperiksaan berjalan mengikut jadual di kawasan masing-masing.

Detik Awal Pagi Calon SPM 2025

Calon SPM, STPM Boleh Berambut Panjang
Calon SPM 2025 bersedia menempuh hari pertama peperiksaan walaupun cuaca tak menentu

Tinjauan Berita Harian juga memaparkan suasana penuh emosi di beberapa sekolah.
Di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu, calon-calon dilihat bersalaman memohon restu ibu bapa sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Di Sarawak pula, suasana di SMK Penrissen menunjukkan para pelajar melakukan ulang kaji terakhir sebelum peperiksaan bermula, masing-masing dengan wajah penuh fokus.

Kategori Calon SPM 2025

Jumlah keseluruhan calon: 413,372

  • 358,817 calon (87%) – Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan & Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • 8,051 calon (1.9%) – MRSM, Maktab Tentera Diraja & institusi di bawah agensi kerajaan selain KPM
  • 6,676 calon (1.6%) – Sekolah Menengah Agama Negeri
  • 13,836 calon (3.3%) – Sekolah swasta berdaftar
  • 23,741 calon (5.7%) – Calon persendirian
  • 2,251 calon (0.5%) – Sekolah Menengah Agama Rakyat

KPM turut memastikan penghantaran kertas peperiksaan dan keselamatan pengawas berada dalam kawalan melalui pemantauan cuaca secara konsisten.

Walaupun cuaca tidak menentu, semangat calon-calon SPM tetap membara. Semoga peperiksaan berjalan lancar hingga ke hari terakhir, dan semoga semua yang bertungkus-lumus selama ini memperoleh keputusan terbaik.

Sumber: Berita Harian.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Gaza Terus Diserang: Puluhan Maut, Hospital Hampir Lumpuh!

November 25, 2025
Berita

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025
Berita

Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Dilancar untuk Pesawah di Sabah & Sarawak

November 24, 2025
Berita

Hujan Lebat ‘Kunci’ Shah Alam, Beberapa Jalan Ditutup, Paras Air Sungai Klang Lepasi Tahap Bahaya

November 24, 2025
Berita

Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat, Cecah 11,748 Orang Di Lapan Negeri

November 24, 2025
INSENTIF GOMEN

Tabung Haji Bina Surau Baharu Untuk Komuniti Orang Asli Di Kampung Orang Asli, Sungai Susup

November 24, 2025

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025

Bayaran Masuk 18 Disember- Penjawat Awam Selangor Terima Bonus 3 Bulan Gaji

November 20, 2025

Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati

November 13, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.