Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

by Farah Fatihah
November 25, 2025
in Berita, PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya yang melibatkan beberapa negeri di utara Semenanjung serta Pantai Timur.

Amaran ini dikeluarkan pada 12:05 tengah malam, 25 November 2025, dan dijangka berterusan sehingga 26 November 2025.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, limpahan sungai serta gangguan aktiviti harian terutama di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

Tahap Bahaya (Hujan Sangat Lebat Berterusan)

Negeri terlibat:

  • Perlis
  • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik)
  •  Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh)
  •  Terengganu (Besut)

Penduduk di kawasan ini dinasihatkan sentiasa bersiap siaga, memindahkan barang ke tempat selamat dan mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Tahap Buruk (Hujan Lebat Berterusan)

Kawasan terlibat:

  • Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu)
  • Pulau Pinang
  • Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak)
  • Kelantan (Jeli, Kuala Krai, Gua Musang)
  • Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman)

Kawasan ini mungkin mengalami peningkatan paras air sungai di beberapa lokasi yang dikenal pasti berisiko.

Tahap Waspada (Hujan Berterusan)

Negeri terlibat:

  • Perak (Kampar, Batang Padang, Muallim)
  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan)

Penduduk dinasihatkan sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca terutama pada waktu malam dan awal pagi.

Keadaan cuaca ribut monsun ini dijangka memberi kesan besar kepada aktiviti harian, mengganggu perjalanan penduduk, serta keselamatan penduduk di kawasan terlibat.

Orang ramai dinasihatkan untuk pantau laporan cuaca terkini MetMalaysia, menyimpan dokumen penting di tempat tinggi dan bersedia jika diarahkan untuk berpindah.

 

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Gadget

Valve Steam Machine Bakal Dijual Setara PC Gaming, Bukan Harga Konsol

November 25, 2025
Berita

Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Dilancar untuk Pesawah di Sabah & Sarawak

November 24, 2025
Berita

Hujan Lebat ‘Kunci’ Shah Alam, Beberapa Jalan Ditutup, Paras Air Sungai Klang Lepasi Tahap Bahaya

November 24, 2025
Berita

Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat, Cecah 11,748 Orang Di Lapan Negeri

November 24, 2025
Aplikasi

Mixboard Perkenal Integrasi Nano Banana Pro: Teknologi AI Visual Baharu

November 24, 2025
Berita

Hujan Berterusan ‘Lumpuhkan’ Beberapa Lokasi Shah Alam dan Klang.

November 24, 2025

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025

Bayaran Masuk 18 Disember- Penjawat Awam Selangor Terima Bonus 3 Bulan Gaji

November 20, 2025

Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati

November 13, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.