Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Hujan Berterusan ‘Lumpuhkan’ Beberapa Lokasi Shah Alam dan Klang.

by Ayu Ieranatasya
November 24, 2025
in Berita
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Hujan tanpa henti petang semalam membawa kepada kenaikan paras air di beberapa kawasan sekitar Shah Alam, sekali gus mengundang keresahan penduduk yang mula berkongsi situasi banjir di media sosial.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), antara kawasan paling terkesan ialah Jalan Kampung Kubu Gajah 10, bersebelahan Jalan Kampung Gajah 5, Seksyen U17, apabila paras air meningkat dengan cepat.

MBSA memaklumkan bahawa Jalan Kampung Kubu Gajah 5 kini tidak boleh dilalui, manakala Persiaran Budiman menghala ke Seksyen 25 turut dinaiki air, menyebabkan trafik tersangkut dan penduduk diminta mencari laluan alternatif.

“Orang ramai dinasihat berhati-hati dan menggunakan jalan alternatif bagi keselamatan,” katanya.

MBSA Selamatkan Warga Emas Terjejas

Dalam perkembangan lain, anggota penguatkuasa MBSA turut membantu memindahkan seorang warga emas di Lorong Desa Kemuning 2B, Taman Desa Kemuning, Seksyen 35, ke lokasi lebih selamat selepas air mulai memasuki kawasan kediaman.

Antara lokasi yang dinaiki air di sekitar Shah Alam susulan hujan berterusan. - Foto Ihsan MBSA

Foto yang dikongsikan menunjukkan paras air meningkat dengan cepat, terutama di kawasan rendah yang sering menjadi tumpuan banjir kilat apabila hujan turun berpanjangan. -Foto ihsan MBSA

Pemantauan Rapat Pasukan PANTAS

Selain itu, Pasukan PANTAS MBSA juga menjalankan rondaan di beberapa titik panas banjir termasuk Sungai Damansara, Seksyen 13, Shah Alam susulan laporan kenaikan paras air.

MBSA memaklumkan walaupun berlaku peningkatan, sistem pam di kawasan tersebut masih berfungsi dengan baik, sekali gus membantu mengawal aliran air daripada melimpah secara mendadak.

Penduduk Shah Alam yang memerlukan bantuan segera atau berdepan kecemasan banjir boleh menghubungi Pasukan PANTAS di talian:
📞 03-5510 5811

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Berita

KPM Aktifkan Ops Payung, Nafi Dakwaan Kertas SPM Bocor

November 25, 2025
Berita

SPM Musim Banjir, Peperiksaan Tetap Jalan Di Seluruh Negeri Bermula Hari Ini

November 25, 2025
Berita

Gaza Terus Diserang: Puluhan Maut, Hospital Hampir Lumpuh!

November 25, 2025
Berita

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025
Berita

Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Dilancar untuk Pesawah di Sabah & Sarawak

November 24, 2025
Berita

Hujan Lebat ‘Kunci’ Shah Alam, Beberapa Jalan Ditutup, Paras Air Sungai Klang Lepasi Tahap Bahaya

November 24, 2025
Next Post

Tabung Haji Bina Surau Baharu Untuk Komuniti Orang Asli Di Kampung Orang Asli, Sungai Susup

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025

Bayaran Masuk 18 Disember- Penjawat Awam Selangor Terima Bonus 3 Bulan Gaji

November 20, 2025

Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati

November 13, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.