Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Gaming

Genshin Impact Perkenal Versi Luna III Pada 3 Disember

Durin Kini Boleh Dimainkan, Festival Moon-Prayer Bermula

by Iffah Najwa
November 24, 2025
in Gaming, PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Hoyoverse mengumumkan ketibaan Genshin Impact Versi Luna III, Song of The Welkin Moon: Interlude, A Nocturne of the Far North, yang dijadualkan tiba pada 3 Disember 2025.

Kemas kini kali ini membawa sambungan kisah Nod-Krai, kemunculan Durin sebagai watak baharu, serta pelbagai acara bertema musim sejuk yang bakal membuat pemain tidak sabar untuk log masuk.

Nod-Krai Hidup Semula dengan Moon-Prayer Night

Selepas kekalahan Rächer of Solnari, suasana kembali meriah di Nasha Town apabila seluruh penduduk bersiap sedia menyambut Moon-Prayer Night. Festival ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga malam terakhir Dameselette sebelum berangkat ke bulan.

Pemain boleh mencuba pelbagai mini-game, kumpul cap dalam buku kenangan dan alami detik istimewa sepanjang festival.

Namun, suasana mula berubah apabila Hexenzirkel muncul termasuklah Alice dan Nicole Reeyn. Mereka membawa berita kurang enak iaitu sempadan Tevyat menjadi tidak stabil dan “phantoms” aneh mula muncul di seluruh Nod-Krai.

Misi Archon terbaharu ini juga menawarkan 500 primogem sebagai ganjaran terhad.

Durin Naga Berhati Dua, Kini 5★ Pyro Sword

Antara tarikan terbesar versi ini ilah kemunculan Durin, watak 5★ dengan dua bentuk pertempuran. Uniknya, Durin ialah naga dari dunia dongeng Simulanka yang diberi tubuh manusia melalui alkimia Albedo serta tenaga hati naga asal Durin.

Dua bentuk kuasanya memberi fleksibiliti:

  • Simulanka Form
    Menurunkan Elemental Resistance musuh, memberi sokongan pasukan dan menghasilkan AoE Pyro DMG.
  • Abyss-Imbued Form
    Menfokuskan serangan single-target yang kuat, selain meningkatkan kerosakan Vaporize dan Melt.

    Kredit foto: Game Press

Menyelesaikan Durin’s Story Quest pula akan membuka lebih banyak rahsia tentang naga ini dan Hexenzirkle, termasuk satu ganjaran khas.

Kemas Kini Hexerei – Watak-Watak Lama Dapat Nafas Baharu

Versi Luna III turut memperkenalkan sistem peningkatan untuk watak berkaitan Hexenzirkel. Melalui misi “Witch’s Homework”, pemain boleh menaik taraf Durin, Venti, Klee, Albedo, Mona, Razor, Fischl & Sucrose.

Setiap watak menerima keupayaan unik tambahan serta perubahan pada Constellation mereka. Lebih menarik, jika pemain mempunyai sekurang-kurangnya dua Hexerei characters dalam pasukan, kesan “Hexerei: Secret Rite” akan diaktifkan yang bakal meningkatkan prestasi pasukan secara ketara.

Contohnya, Venti akan mendapatkan semula kuasa lamanya,  Normal Attack bertukar menjadi “Windsunder Arrows” yang mampu menembusi musuh dan melanjutkan durasi Stormeye.

Selepas tamat misi prasyarat, pemain boleh menjemput Razor, Fischl atau Sucrose ke pasukan tanpa sebarang kos.

Jahoda – Watak 4★ Baharu Untuk Sokongan & Healing

Kemas kini ini turut memperkenalkan Jahoda, watak 4★ Anemo Bow yang pakar dalam pemulihan dan serapan Elemen untuk menghasilkan DMG mengikut elemen yang diserap.

Untuk Event Wish:

  • Fasa 1: Durin, Jahoda & Venti
  • Fasa 2: Varesa & Xilonen
Kredit foto: Game Press

Acara Baharu: Kembali Ke Dragonspine, Senjata Eksklusif Ditawarkan

Acara utama versi ini, “Soulblazers’ Snowbound Journey”, membawa pemain kembali ke Dragonspine dalam siri minigame bertema musim sejuk. Hadiah menarik menanti, termasuk:

  • Senjata 4★ eksklusif “Rainbow Serpent’s Rain Bow”
  • Primogem

Di Nod-Krai pula, pemain boleh meneruskan interaksi dengan Dameselette di Silvermoon Hall. Selain itu, cabaran Envisage Echoes kini menambah echo baharu milik Klee dan Albedo.

Miliastra Wonderland Terima Fungsi Baharu

Komponen UGC Miliastra Wonderland turut dipertingkat. Penambahan “Wonderland Resource Center” membolehkan pemain berkongsi dan memuat turun aset kreatif melalui editor terbina. Versi ini juga memuatkan lebih banyak ganjaran seperti aksi, ekspresi dan free pulls.

Sebuah Main Hall bertema musim sejuk juga akan dilancarkan sepanjang versi ini

Kredit foto: Game Press

Genshin Impact Terus Kembangkan Dunia Teyvat

Dengan sokongan cross-progression dan Co-Op, pemain boleh menikmati pengalaman bermain merentas PlayStation, Xbox, PC, Android dan iOS. Versi Luna III ini mengembangkan lagi lore Nod-Krai sambil memperkenalkan mekanik pertempuran yang segar, watak baharu yang unik serta pelbagai aktiviti untuk peminat.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Gaza Terus Diserang: Puluhan Maut, Hospital Hampir Lumpuh!

November 25, 2025
Berita

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025
Gadget

Valve Steam Machine Bakal Dijual Setara PC Gaming, Bukan Harga Konsol

November 25, 2025
Berita

Jumlah Mangsa Banjir Terus Meningkat, Cecah 11,748 Orang Di Lapan Negeri

November 24, 2025
Aplikasi

Mixboard Perkenal Integrasi Nano Banana Pro: Teknologi AI Visual Baharu

November 24, 2025
PEEK DAILY

Nexpert Academy Buka Laluan Emas Bakat Bumiputera Dalam AI & Teknologi Masa Depan

November 22, 2025
Next Post

130 Pelajar Cemerlang SPM & STPM Sungai Buloh Terima Bantuan Awal Pengajian, Rezeki Masuk IPT!

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025

Bayaran Masuk 18 Disember- Penjawat Awam Selangor Terima Bonus 3 Bulan Gaji

November 20, 2025

Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati

November 13, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.