Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Nexpert Academy Buka Laluan Emas Untuk Bakat Bumiputera Dalam AI & Teknologi Masa Depan

by Ayu Ieranatasya
November 22, 2025
in PEEK DAILY, Pendidikan, Tech
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam usaha memperkasakan bakat Bumiputera, Nexpert Academy kini menawarkan peluang eksklusif untuk mengikuti program pensijilan profesional bertaraf industri dalam bidang Artificial Intelligence (AI), Machine Learning (ML), keselamatan siber, pengkomputeran awan, dan pembangunan perisian canggih – semuanya melalui pembiayaan Yayasan Peneraju.

Dari kiri: Nazreen Abdul Ghani, Pengarah Nexpert Academy, dan Shaazana Abdul Ghani, Pengurus Pemasaran Nexpert Academy.

Pengarah Nexpert Academy, Nazreen Abdul Ghani, menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar latihan, tetapi laluan strategik untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

“Inisiatif ini bertujuan memperkukuh penguasaan Bumiputera dalam sektor AI dan teknologi bernilai tinggi, selaras dengan transformasi negara ke arah ekonomi digital pintar,” kata beliau.

Program Pilihan & Permintaan Tinggi

Antara program yang mendapat sambutan hangat ialah AI & Machine Learning Bootcamp dan Network & Multicloud Bootcamp. Modulnya direka untuk peserta dari semua latar belakang, termasuk mereka bukan IT, dengan fokus kepada pembangunan model AI, analisis data besar, automasi pintar dan keselamatan siber. Peserta juga berpeluang memperoleh pensijilan antarabangsa daripada Microsoft, EC-Council dan CompTIA.

Sementara itu, Pengurus Pemasarannya, Shaazana Abdul Ghani berkata, program tersebut menarik minat ramai peserta bukan IT yang mahu beralih kerjaya kerana modulnya direka khusus untuk pemula selain menawarkan pensijilan antarabangsa seperti Microsoft, EC-Council dan CompTIA.

“Pensijilan ini membuka peluang untuk kerjaya berkemahiran tinggi tanpa perlu ijazah atau diploma IT. Ramai alumni kami berjaya memasuki industri IT dan memperoleh kenaikan gaji walaupun bermula tanpa pengalaman asas,” katanya.

Pembiayaan Fleksibel & Tanpa Bayaran Balik

Melalui skim Single (tiada bayaran balik) Yayasan Peneraju, peserta menerima pembiayaan penuh yang boleh bertukar menjadi geran jika kehadiran minimum 85% dan lulus penilaian akhir dipenuhi. Langkah ini bukan sahaja memudahkan peserta menimba ilmu, malah membantu meningkatkan taraf hidup keluarga.

Misi Strategik Negara & Impak Masa Depan

Sejak penubuhannya pada 2010, Nexpert Academy telah menjadi rakan latihan rasmi Yayasan Peneraju, menyokong agenda negara dalam pembangunan bakat digital dan AI. Usaha ini seiring dengan aspirasi Malaysia menjadi negara AI menjelang 2030, di mana bakat digital dijangka menjadi tulang belakang sektor pendidikan, kesihatan, pertanian pintar, kewangan, perkhidmatan awam dan industri teknologi tinggi.

Proses permohonan mudah, melibatkan pengisian borang, dokumen rasmi, dan pengesahan Certified True Copy (CTC). Pembiayaan kursus akan dipindahkan terus kepada penyedia latihan selepas kelulusan.

Permohonan untuk pengambilan terakhir dibuka sehingga 15 Disember ini, memberi peluang kepada Bumiputera mengejar kerjaya berpendapatan tinggi dalam bidang teknologi masa depan.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Keselamatan

Satu Alat Yang Amat Diperlukan Semasa Berbasikal

November 21, 2025
FOMO

McDonald’s Prosperity Meal Kembali Semula Di Atas Langit?

November 21, 2025
How To

Cara Menangani Kos Sara Hidup

November 21, 2025
How To

Isu Kehidupan Rumah Tangga Dapat Ditangani

November 20, 2025
Berita

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025
PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 20, 2025

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Bayaran Masuk 18 Disember- Penjawat Awam Selangor Terima Bonus 3 Bulan Gaji

November 20, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025

Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati

November 13, 2025

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 20, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.