Kalian dalam kehidupan mestilah rasa nak cuba benda baharu kerana rasa hidupan sekarang terasa bosan sekali. Tapi pada masa yang sama kemungkinan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membuat aktiviti yang luar biasa. Oleh itu, tidak salahlah jikalau kalian membeli dan mempunyai basikal.
Basikal. Sangat tradisional tapi pada masa yang sama memberi banyak manfaat.
Boleh biasakan diri dengan jalan-jalan yang sempit di mana kereta tidak mampu melakukannya, dapat menjimat daripada penggunaan gas ataupun elektrik, dan juga dari segi fizikal dapat meningkatkan kesihatan kalian semua. Amat dasyat juga kalau beraktiviti berbasikal.
Tetapi, kepada kalian mungkin selepas biasaan diri dengan berbasikal, kemungkinan kalian akan terus berbasikal di jalan. Walaubagaimanapun, denganpun keselamatan seperti topi basikal, vest, dan juga knee dan elbow pads, tidak dinafikan yang sebenarnya lampu belakang basikal paling penting.
Salah satunya adalah untuk keselamatan penunggang agar dapat dilihat oleh pengguna jalan raya, terutamanya pada waktu malam yang gelap sangat. Bagaimana ini boleh berlaku sebenarnya?

Lampu merah di belakang basikal (sebagai rujukan)
Lampu merah di belakang itu akan berkelip, lalu memberi perhatian penting agar dapat membantu persepsi pemandu terhadap basikal. Tidak perlu risau kalau ini dianggap sebagai aksesori, kerana ia adalah peralatan standar basikal, malah mempunyai pilihan termasuklah lampu mod berbilang.
Lampu ini juga mengguna batteri, jadi serendah RM6 kalian boleh memperolehinya dan selalunya menggunakan bateri AA atau AAA. Kalian ingat ini semua menggunakan sistem wayar elektrik yang komplex? Tidak perlu risau pun!
Untuk mengelak kerosakan akibat kebocoran, bateri itu boleh sahaja ditanggalkan jikalau tidak menggunakannya lagi. Ini juga dapat mengelakkan pembaziran wayar and litar yang terlibat di dalam lampu tersebut agar ia tidak menjadi malap.
Selain yang dinyatakan, lampu belakang moden sekarang sangat canggih dengan pelbagai mod cahaya, di mana jarak keterlihatan boleh sampai 500 meter, dan juga tahan hentakan. Mengikut suasana yang siang atau malam, ia dapat ditukarkan mengikut situasi, lalu dapat adaptasi melalui cara tersebut.
Lampu kelas yang tinggi dapat menawarkan bateri litium yang boleh dicas semula, pemasangan mudah, dan lampu LED yang terang dan efisien dengan pengecasan USB-C. Kalau kalian mempunyai bajet yang tinggi, ini amat digalakkan kepada sesiapa.
Tetapi, lampu boleh dipakai secara kecil dengan bateri butang, di mana ia dapat tahan sehingga 100 jam dengan jarak keterlihatan 50 meter, yang mana ia sering digabungkan dengan lampu belakang terang untuk keselamatan tambahan. Ini adalah bagi yang mempunyai bajet yang rendah.
Dari segi bab kecerahan, lampu diukur dalam lumen: lampu canggih cukup terang untuk dilihat dari jarak jauh, walaupun di siang hari, lagi-lagi lebih mantap pada waktu malam.
Tambahan juga, lampu boleh kalis air (penarafan IPX), dan ini amat penting untuk tahan lasak dalam cuaca tropika dan hentakan, terutama pada musim hujan yang kini sedang berlaku sekarang.
Di samping itu, basikal jelajah sering menggunakan lampu kuasa dinamo yang menyimpan tenaga untuk cahaya walaupun basikal berhenti. Ini boleh dianggap sebagai tenaga solar, dan tenaga yang tersimpan dalam dapat digunakan untuk penggunaan berbasikal lagi semula pada masa seterusnya.
Oleh sebab ini, tidak dinafikan bahawa lampu merah kecil ini mempunyai peranan besar dalam pengalaman menunggang dan merupakan peralatan keselamatan asas yang tidak boleh diabaikan oleh penunggang basikal.
Rujukan: Majoriti












