Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

by Ayu Ieranatasya
November 19, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
0
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Fenomena sesetengah ibu bapa menganggap anak sebagai “pelaburan” atau pelan persaraan semakin menjadi perhatian masyarakat. Budaya ini menimbulkan tekanan kepada anak muda sebaik sahaja mereka mula bekerja, apabila dituntut membalas jasa atau menyumbang secara kewangan.

Perbincangan hangat di media sosial menyoroti pengalaman anak sulung yang baru tamat pengajian dan mula bekerja, tetapi sudah berdepan tekanan untuk menunaikan “tanggungjawab” kewangan kepada ibu bapa.

“Terasanya saya sebagai anak pertama yang kawin selepas dapat kerja. Umur saya dah 26. Tak mungkin saya tunggu sampai 30 tahun baru kahwin semata-mata nak balas jasa ibu bapa… terasa hidup ini hanya untuk membalas jasa ibu bapa,” luah pengguna thread @itseli_lifejourney.

Fenomena Anak Bukan Mesin ATM

Netizen lain turut berkongsi pandangan serupa, menegaskan bahawa anak bukan mesin ATM dan tidak seharusnya dilahirkan dengan tanggungjawab membalas jasa.

“Anak bukannya mesin ATM. Dah tahu keluarga tak senang, tak payah lah susahkan anak sendiri. Anak tak mintak pun untuk lahir,” kata @jess_syahirah.

Seorang lagi pengguna, @diariaini22, menyoroti tekanan yang dirasai anak sulung dalam keluarga kurang senang

“Paling sedih bila tengok anak sulung harapan keluarga, baru grad, baru nak mula kerja, kelam kabut nak kahwin. Ibu ayah tak sempat pun merasa hasil pengorbanan. Ni lebih terasa untuk keluarga yang bukan senang, yang mengharap pada anak untuk bantu sedikit sebanyak,”katanya.

Anak Bukan Pelaburan, Anak Bukan Pelan Persaraan

Beberapa komen menekankan bahawa ibu bapa perlu mengubah persepsi mereka terhadap anak. Pengguna @fat_deadpool memberi nasihat agar ibu bapa perlu menanamkan dalam diri bahawa anak bukan suatu pelaburan jangka panjang.

“Tanam dalam otak anak tu bukan investment. Belajar usaha sendiri. Kalau anak dah besar, berjaya, tolong kau tu rezeki,”katanya.

Selain itu, @farahaan_91 menekankan bahawa niat awal ibu bapa perlu diperbetulkan supaya anak tidak dipaksa menanggung rasa bersalah.

“Sejak bila menyekolahkan dan bagi anak bekerja tu agar dia dapat membalas budi ibu bapa? Niat tu awal-awal kena perbetulkan.”

Fenomena ini menunjukkan wujud jurang persepsi antara generasi, di mana ibu bapa yang mengharapkan balasan dari pengorbanan mereka tidak sedar tekanan yang dialami anak muda yang baru mula berdikari.

Kasih Sayang Tanpa Syarat

Walaupun begitu, pengguna thread @rohayaabdrazak juga berpandangan bahawa ibu bapa perlu menekankan pengorbanan tanpa mengharapkan balasan dalam diri.

“Kami ibu ayah dah sekolahkan anak-anak sampai dah berjaya… Alhamdulillah… Tu pun dah bahagia, walau bergolok gadai… Pengorbanan ibu ayah tak mengharapkan balasan. Cuma harap doa dari anak-anak… di dunia atau di alam barzakh… semoga anak-anak tak lupa.”

Perdebatan ini menekankan bahawa anak bukan pelaburan atau pelan persaraan. Anak perlu diberi ruang untuk berdikari dan membina kehidupan sendiri tanpa tekanan untuk membalas jasa ibu bapa dengan wang atau material. Kasih sayang keluarga seharusnya tulus dan tidak diukur melalui balasan material semata-mata.

Fenomena ini juga membuka ruang untuk ibu bapa dan anak berkomunikasi dengan lebih terbuka, memastikan tanggungjawab bersama dalam keluarga berjalan seiring tanpa menjejaskan kesejahteraan emosi dan kewangan anak muda.

ShareTweetPin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
How To

Akuarium Dan Terrarium: Cara Senang Mengurangkan Elektrik

November 18, 2025
Next Post

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Honor

HONOR View20 Membuka Tirai Januari 2019 Ini

December 11, 2018

Tenement Dari Kemboja Dinobatkan Filem Terbaik AIFFA 2025

November 16, 2025

Berbeza Ke Kesedihan Dengan Kemurungan?

November 6, 2025
Foto: CNET

5 Feature Samsung Galaxy S10 Yang Patut Anda Beri Perhatian

February 22, 2019

Guna Kod QR Jadi Fenomena ‘Salam Kaut’ Majlis Kahwin Kini

November 18, 2025

Tablet PerantiSiswa Berjenama Akan Diberikan kepada Siswa B40, Bagaimana Nak Dapat?

September 8, 2022
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.