Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

“Edge of Memories” Umum Untuk PS5 Pada Musim Bunga 2026

by Iffah Najwa
November 6, 2025
in Games, PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Judul Baharu Yang Meneruskan Dunia “Edge of Eternity”

3goo secara rasmi mengesahkan bahawa permainan aksi RPG baharu, Edge of Memories, akan hadir ke PlayStation 5 pada musim bunga 2026. Judul ini dibangunkan oleh Midgar Studio dari Perancis, dan merupakan kesinambungan kepada dunia Edge of Eternity yang dikeluarkan pada tahun 2021.

Kredit foto: 4gamer

Permainan ini kembali membawa pemain ke Helion, namun kali ini dengan visual yang lebih moden melalui penggunaan Unreal Engine 5, disertakan gaya seni bernuansa animasi Perancis yang memberi sentuhan dramatik dan emosional.

Pertarungan Masa Nyata Dengan Kemampuan “Berserk”

Edge of Memories menampilkan sistem pertempuran real-time, menjadikan aksi terasa lebih hidup dan responsif. Pemain mengawal watak utama, Erin, seorang pengembara yang mempunyai kebolehan luar biasa.

Sepanjang perjalanan, pemain boleh:

  • Menggabungkan serangan kombo dengan rakan sepasukan,
  • Memanfaatkan kepelbagaian kuasa Erin,
  • Dan mengaktifkan “Berserk Mode” iaitu kuasa batin Erin yang membuka serangan yang lebih agresif dan penuh impak.

Gaya permainan ini mengekalkan jiwa JRPG klasik, tetapi dengan tempo yang lebih moden dan bertenaga.

Disokong Oleh Nama Besar Dalam Dunia RPG

Projek ini turut disertai beberapa creator berprofil tinggi yang tidak asing dalam genre RPG.
Reka bentuk watak dikendalikan oleh Raita Kazama, yang pernah terlibat dalam Xenoblade Chronicles X. Jalan ceritanya pula ditulis oleh Sawako Natori, salah seorang penulis karya dalam siri NieR.

Bahagian muzik juga disertai oleh Yasunori Mitsuda (Chrono Trigger, Xenogears) bersama Mariam Abounnasr (Xenoblade Chronicles 3) mengetuai susunan lagu, manakala vokal permainan disumbangkan oleh Emi Evans, yang sinonim dengan identiti muzik francais NieR.

PlayStation 5 “Edge of Memories” Trailer

Dunia Avarice, Keruntuhan dan Konflik Dalaman

Treler cerita yang dilepaskan memperlihatkan perjalanan Erin di Avarice, sebuah benua yang kini rosak akibat fenomena dikenali sebagai “Corrosion”. Sepanjang kisah ini, Erin bukan sahaja berdepan pihak lawan di medan pertempuran, tetapi juga sisi gelap dirinya  yang disebut sebagai “Black Beast Mode.”

Konflik dalaman, hubungan dengan rakan-rakan seperjuangan, serta misteri dunia yang semakin musnah, semuanya bakal menjadi tulang belakang naratif.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Nak Sihat Tak Perlu Seksa Diri, Cukup Jaga Pemakanan & Saiz Hidangan!

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

ANGKASA-X Ke Angkasa Dengan Satelit Leo Yang Direka Di Malaysia Untuk Kegunaan Asia Tenggara

June 28, 2023
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.