Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Beli Tiket Bas Online Tapi tetap Perlu Print? ‘Online Tapi Manual’ Di Terminal Bas

by Ayu Ieranatasya
October 22, 2025
in Berita, Trivia
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, tular di media sosial, seorang pengguna meluahkan rasa kekecewaan di Facebook apabila dia perlu beratur panjang semata-mata untuk mencetak semula tiket bas di kiosk Terminal Bersepadu Selatan (TBS)  meskipun sudah dibelinya secara atas talian sebelum menaiki bas. Akibatnya, ramai penumpang terpaksa beratur panjang malah ada yang tertinggal bas kerana menunggu giliran terlalu lama!

Seorang pengguna menulis:

“Beli tiket bas online, sampai TBS kena print. Nak print, kena beratur. Beratur nak print punya lama… sampai tertinggal bas!”

Isu itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang berkongsi pengalaman sama di terminal berbeza.

Seorang netizen, Hijau Satin, berseloroh:

“Matlamat asal teknologi nak kurangkan kertas pun tak tercapai. Nak print tiket online caj RM2, tapi QR code tak scan pun. Dia tanda pen jugak.”

Manakala seorang lagi, Noraizan Mazlan, menambah:

“Ada extra charges, lepas tu beratur panjang macam beli tiket biasa. Baik beli kat kaunter terus!”

Namun, ada juga yang memberi penjelasan bahawa hal ini bergantung kepada platform tempahan yang digunakan. Seorang pengguna menjelaskan bahawa aplikasi pihak ketiga seperti Easybook atau RedBus memerlukan tiket dicetak semula di kaunter, manakala jika pembelian dibuat terus melalui aplikasi rasmi TBS penumpang boleh terus imbas QR code di pintu masuk tanpa perlu print.

Walaupun teknologi sepatutnya memudahkan urusan harian, isu seperti ini menunjukkan masih ada jurang antara sistem digital dan pelaksanaan sebenar di lapangan. Ramai berharap agar pihak terminal dan syarikat bas dapat menyelaraskan sistem supaya proses perjalanan penumpang menjadi lebih lancar tanpa perlu “beratur demi teknologi”.

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
PEEK DAILY

Disalahguna Ejen Coway, Identiti Dipakai Tanpa Kebenaran Hingga Nama Tersangkut CTOS

December 1, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Next Post

Wanita Scotland Tipu Dengan Kehamilan Palsu, Siap Guna Anak Patung ‘Realistik’

TRENDING

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 – 4 Kali Seminggu

December 1, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.