Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Life

Aura Baharu Deepavali! Suria KLCC Cipta Magis Dengan Tema “Lotus of Light”

by Iffah Najwa
October 9, 2025
in Life, PEEK DAILY, Uncategorized
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Suria KLCC kembali menyerikan sambutan Deepavali tahun ini dengan tema baharu yang memukau iaitu “Lotus of Light”, meraikan keindahan budaya India, keharmonian serta semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Kempen yang berlangsung dari 6 hingga 22 Oktober 2025 ini menjanjikan pengalaman visual dan budaya yang cukup mempesonakan di Centre Court Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik di tengah ibu kota.

Lotus of Light – Simbol Keindahan Dan Harapan

Tahun ini, hiasan utama menampilkan pentas berinspirasikan bunga lotus yang seolah-olah sedang mekar, melambangkan kesucian dan pencerahan dalam budaya India. Reka bentuknya diinspirasikan daripada kolam rangoli berlapis-lapis dengan rona merah jambu, jingga, ungu, kuning dan keemasan.

Di sekelilingnya, gerbang berbentuk kelopak bunga tersusun indah membentuk bulatan harmoni, diserikan dengan pencahayaan LED lembut yang menonjolkan suasana penuh warna pastel. Latar ini turut dilengkapi tulisan “Happy Deepavali” bersama logo Suria KLCC, dihiasi corak flora dan motif tradisional India yang elegan.

Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam Suria KLCC Sdn. Bhd, Sherina Khairi berkata, setiap tahun Suria KLCC tampil dengan tema berbeza bagi memperkaya pengalaman pengunjung.

“Tahun ini, warna yang kami pilih lebih pastel dan harmoni. Ini melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya ketika ditemui di Suria KLCC.

Aktiviti Menarik Dan Persembahan Tradisional

Sepanjang kempen berlangsung, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan tarian klasik India, bengkel inai, serta aktiviti membuat wangian dried flowers.

Mengulas tentang reaksi netizen terhadap dekorasi Deepavali kali ini, Sherina berkata setiap konsep yang dipersembahkan oleh Suria KLCC dirancang dengan teliti dari hasil penyelidikan dan kajian tahunan.

“Kami jemput semua rakyat Malaysia datang sendiri dan rasai suasana Deepavali di sini. Jangan hanya lihat di gambar, datang alami sendiri keindahannya,” jelasnya.

Aura Deepavali Di Tengah Kota

Gabungan reka bentuk tradisional dan sentuhan moden menjadikan “Lotus of Light” bukan sekadar hiasan, tetapi simbol perpaduan, keindahan dan sinar harapan buat seluruh rakyat Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dan menikmati kemeriahan Deepavali di Suria KLCC. Pusat beli-belah yang sentiasa menjadi nadi sambutan perayaan penuh warna di ibu kota.

 

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Tragedi Hong Kong: Menara Kediaman ‘Disambar Api’. Puluhan Terkorban, Ratusan Masih Hilang!

November 27, 2025
PEEK DAILY

Penjaga Parkir Warga Bangladesh Kutip Semua Saman DBKL, Netizen Terkejut!

November 27, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Luar Negara

“New Fear Unlocked” – Wanita Terpaksa Ke Hospital, Terlalu Percaya Dengan Straw Kaca

November 27, 2025
Games

Neon Overdrive Dilancarkan Di Steam VR

November 27, 2025
PEEK DAILY

‘Plot Twist’ Viral Anak Ditinggal Bapa 3 Jam, Isteri Dedah Suami Curang Lepas Video Tular

November 26, 2025
Next Post

Google working on fix for new Pixel 3 bug renders the camera useless

TRENDING

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.