Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Tech Automotif

LG Raikan Ulang Tahun ke-65, Tawarkan Promosi Yang Teristimewa Buat Orang Malaysia

by Phic Arman
June 30, 2023
in Automotif, Inovasi, Smart Home
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

LG Electronics (LG), jenama terkemuka dalam industri peralatan elektronik rumah di Malaysia, dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-65 tahun ini. Sejak penubuhannya pada tahun 1958, LG terus mencetuskan perubahan dalam kehidupan pelanggan dengan inovasi produk dan perkhidmatannya yang melangkaui jangkaan.

Hingga tahun 2022, LG berhasil mencapai pendapatan sebanyak 83.5 trillion KRW (RM300,256,391,655.00) di Akaun Hasil Disatukan.

Dalam rangkaian ulang tahun ke-65 dan sebagai penghargaan terhadap pencapaian unggulan mereka, LG menawarkan promosi yang teristimewa untuk para pelanggan di Malaysia. Pelanggan boleh memperolehi rebat hingga RM1,650 untuk produk terpilih. Pelanggan juga berpeluang memenangi LG 65” TV apabila membuat pembelian untuk produk terpilih.

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, menzahirkan rasa syukur atas segala kejayaan yang telah diperolehi oleh LG selama 65 tahun dalam industri dan beliau menekankan komitmen jenama tersebut untuk terus berinovasi demi kehidupan dan masa depan yang lebih baik.

“Life’s Good bukan sekadar slogan, ia merupakan kepercayaan teras kami dan apa yang kami ingin capai melalui produk dan perkhidmatan kami,” kata Justin.

“Sempena sambutan ulang tahun LG yang ke-65, kami teruja untuk menawarkan promosi promosi yang menarik kepada pelanggan setia kami di Malaysia yang telah memberikan sokongan secara berterusan. Kami jamin bahawa setiap pelanggan akan mendapatkan sesuatu yang istimewa, dari rangkaian TV inovatif hingga koleksi Objet yang menakjubkan.

Selain itu, kami juga yakin bahawa promosi ini dapat membuktikan komitmen kami untuk menyediakan produk terbaik dan menciptakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelanggan.”

Baru-baru ini, LG telah dianugerahkan dengan pingat emas oleh Reader’s Digest Trusted Brands Awards di bawah kategori televisyen dan mesin basuh. Kemenangan ini mengesahkan bahawa produk LG bukan sahaja inovatif tetapi juga merupakan pelaburan yang berbaloi. Pelanggan boleh mengunjungi pengedar sah LG yang terdekat untuk meningkatkan kediaman dengan produk-produk terhebat daripada LG termasuk LG OLED TV, LG Styler™, LG WashTower™, dan LG InstaView Door-in-Door™ Refrigerator*.

Untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet dan menghantar borang penyertaan anda, pastikan anda melengkapkan borang penyerahan dalam talian di www.lg.com/my/promotions/lgrewards-65anniversary-2023 sebelum 11.59 malam pada 31 Ogos 2023.

Untuk maklumat lanjut tentang LG dan promosi mereka, sila layari laman web rasmi LG www.lg.com/my atau ikuti halaman rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Inovasi

Hab Inovasi Garuda Spark: Inovasi Digital Di Medan

November 10, 2025
Automotif

Proton e.MAS 5: EV Pertama Mampu Milik Dari RM60,000, Nampak Berbaloi!

October 7, 2025
Acara

IMMERSIO 2023: Muzium Telekom Bakal Ditransformasikan Kepada Sebuah Alam Yang Menakjubkan

December 6, 2023
Audio

TGV Cinemas Tingkatkan Pengalaman IMAX Di TGV 1 Utama Dengan IMAX® Laser Dan Teknologi Bunyi 12 Saluran

December 1, 2023
Inovasi

Pawagam IMAX Terbesar Di Malaysia Kini Di TGV SUNWAY VELOCITY

November 27, 2023
Automotif

myTukar Membawakan ‘Drama’ Kepada Pengguna Dengan Iklan Lucu Terbaru

November 1, 2023
Next Post

OPPO Find N2 Digelar Sebagai Telefon Pintar Terbaik di Asia

  • 313 Followers

Recommended

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025

How big data analytics help hotels gain customers’ loyalty

September 19, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

“Edge of Memories” Umum Untuk PS5 Pada Musim Bunga 2026

November 6, 2025

Pasangan Kembar Seiras Boleh Akses Face ID iPhone X

November 1, 2017

Pasport Malaysia Merangkumi Tempat Ketiga Keseluruhan Global?

November 6, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.