Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Dubai Bakal Bina ‘Bulan’ Bernilai RM 22 Bilion?

by Nurul
September 19, 2022
in Berita
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini heboh kerana dikatakan bahawa Dubai merancang untuk membina sebuah resort yang kelihatan seperti bulan, sekali gus bakal memberi pengalaman unik kepada pengunjung seperti melakukan pengembaraan angkasa lepas. Menurut sumber Utusan Malaysia,  Bandar raya di Emeriah Arab Bersatu (UAE) itu terkenal dengan pelbagai projek pembinaan mega dan bangunan pencakar langit seperti bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Via MoonWorld

Lapor Mirror, resort mega berbentuk bulan itu dianggarkan bernilai sekitar 4.28 bilion pound (RM22.38 bilion) dan dijangka boleh menarik seramai 2.5 juta pengunjung setahun. Resort bulan itu juga dikatakan bakal menampilkan beberapa kemudahan termasuk sebuah kelab malam dan pusat kesihatan.

Saiz lilitan sfera pada resort bulan itu dianggarkan berukuran sehingga 622 meter, yang bermakna ia mampu membawa masuk lebih 1.5 bilion pound (RM7.84 bilion) pendapatan dalam masa setahun sahaja. Para pengunjung juga berpeluang menaiki kenderaan ulak-alik ke bangunan itu sambil mengelilingi sekitar hartanah, di atas landasan yang melingkari bahagian tengah bangunan.

Menurut sumber,  kira-kira 23 peratus daripada tingkat atas bangunan akan menempatkan kasino manakala sembilan peratus kelab malam dan empat peratus pula restoran. Sebanyak satu pertiga kawasan di teras mewah akan digunakan oleh sebuah kelab, satu pertiga lagi menempatkan lagun dan empat peratus amfiteater yang besar.

Sekiranya projek itu diteruskan maka ia akan menjangkau lebih 200 meter ke langit ke ketinggian dibawah saiz Dataran One Canada di Canary Wharf. Pelan projek dikenali sebagai Moon Dubai disediakan oleh sebuah syarikat arkitektural dari Kanada, Moon World Resorts.

Via Moon World

Sementara itu, pengasas bersama Moon World Resorts, Sandra G. Matthews dan Michael R. Henderson berkata, Moon Dubai akan mempengaruhi setiap aspek ekonomi UAE termasuk sektor pelancongan.

Aspek lain yang turut disasarkan adalah pengangkutan, hartanah komersial dan kediaman, infrastruktur, perkhidmatan kewangan, penerbangan dan angkasa lepas, tenaga, pertanian, teknologi serta pendidikan. Ia dijangka mengambil masa setahun lagi untuk pembangunan sebelum proses pembinaan selama empat tahun.

Akhir kata, perkataan “resort bulan” akan memberikan gambaran mewah dan menakjubkan yang akan membuatkan orang ramai ternanti-nanti siapnya penghasilan resort bulan ini. Ia kerana, merupakan satu reka bentuk yang direka dan akan dibangunkan yang pertama di dunia.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Berita

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025
Next Post

Ferrari Keluarkan Model SUV Pertama

TRENDING

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025

Penjaga Parkir Warga Bangladesh Kutip Semua Saman DBKL, Netizen Terkejut!

November 27, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.