Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Featured

9 ‘Port Instagram Friendly’ Di Lembah Klang Untuk Anda Bergambar!

by Khai Ashfar
November 10, 2018
in Featured, Libur, Trivia
Gambar : FLICKR

Gambar : FLICKR

6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Ketepikan soal ‘realiti’ kerana kami percaya ramai dikalangan anda yang gemar bergambar di kawasan yang dikatakan sebagai ‘port’ untuk bergambar terutamanya untuk dimuat naik di Instagram. Walhal sebenarnya kawasan tersebut pada mulanya hanyalah kawasan yang biasa-biasa sahaja. Namun dek kerana tular, ianya mula dibanjiri anak muda untuk bergambar.

9 ‘Port Instagram Friendly’ Di Kuala Lumpur

Bercakap mengenai kawasan untuk bergambar, hasil pemerhatian kami 9 port panas ini sering kali dimuat naik oleh remaja kini yang kononnya Port Instagram Friendly! Ayuh luangkan masa anda di hujung minggu untuk bergambar dan jangan lupa untuk tag kami!

Golden Triangle Kuala Lumpur

Gambar : FLICKR

Untuk dapatkan ‘shot’ yang menarik, nasihat kami datang sahaja pada waktu malam! Dengan kesibukan jalan raya, ditambah pula dengan kerlipan lampu LED di bangunan sekitar. Lokasi Golden Triangle ini yang terletak di Bukit Bintang ternyata akan membuatkan ramai yang terpukau dengan gambar anda. Nak tahu rahsia dapatkan ‘angle’ yang cantik? Berdiri sahaja di lampu isyarat berhadapan Lot 10 atau lebih mudah pergi sahaja ke kawasan rooftop kompleks membeli belah ini. You’re welcome!

Heli Lounge Bar

Gambar : Heli Lounge Bar

Pernahkah anda terfikir untuk abadikan gambar di kawasan ‘parkir’ helikopter? Tidak semua tempat membenarkan akses kepada orang awam namun tidak bagi Heli Lounge Bar ini yang terletak di atas bangunan KH, Kuala Lumpur. Biarpun begitu, ada beberapa syarat dan tips dari kami untuk anda ke sini. Take note!

  1. Ianya dibuka setiap hari bermula pada jam 5 petang. Namun anda hanya akan dibenarkan naik ke atas bermula jam 6 petang dan ramai orang akan mula beratur awal untuk naik ke atas
  2. Setiap hari Ahad hingga Rabu, tiada pembelian minimum dikenakan untuk menikmati pemandangan di atas. Cukup hanya membeli segelas air dan anda telah melepasi ‘tol’ tersebut.
  3. Pada hari Khamis hingga Sabtu pula, bermula dari jam 6 petang sehingga 9 malam,syaratnya juga sama seperti di atas namun untuk masuk ke sini bermula jam 9 malam anda dikehendaki memesan minuman mahupun makanan dengan jumlah minimum sebanyak RM100. Be smart!
  4. Perlu diingatkan ianya merupakan sebuah bar. Jadi untuk anda yang muslim jangan tersalah memesan makanan mahupun minuman ya!
  5. Pakaian? Ya jangan pula anda naik ke atas berpakaian seperti dalam rumah. Sebarang selipar, seluar pendek mahupun baju tidak berlengan bagi lelaki tidak dibenarkan sama sekali.

Jalan Changkat, Kuala Lumpur

Gambar : BERNAMA

Siapa kata Jalan Changkat di Bukit Bintang kotor? Itu mungkin pandangan anda beberapa tahun sebelum ini kerana kini, Jalan Changkat dan beberapa jalan lain disini merupakan salah satu port menarik untuk anda bergambar. Terdapat beberapa mural cantik menghiasi bangunan sekitar jalan ini.

KLCC Park

Gambar : ED O’Keffle Photography

Meskipun sudah dikenali, namun ianya masih lagi relevan untuk anda bergambar di sini. Tidak kira siang mahupun malam, KLCC Park sentiasa dibanjiri pelancong dalam dan luar negara. Lokasi yang menarik? Semestinya berlatarbelakangkan pencakar langit ini.

TAPAK, Kuala Lumpur

Gambar : Trip Advisor

Food lover? Ya ini adalah syurga buat anda. Namun begitu, ianya juga merupakan lokasi menarik untuk bergambar terutamanya di waktu malam! Sinaran lampu di setiap food truck disini memainkan peranan penting dalam gambar anda. Jangan cakap kami tak belanja!

Batu Caves, Kuala Lumpur

Gambar : Kwiknews.my

Sebelum dan selepas transformasi kuil di Batu Caves ini sentiasa menjadi perhatian. Dan selepas wajahnya yang terbaru berwarna-warni, ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar. Sediakan powerbank yang secukupnya ya.

Selfie Museum, Fahrenheit 

Gambar : Fahrenheit

Terletak di dalam Fahrenheit, untuk jangka masa yang terhad ini adalah tempat untuk anda yang benar-benar suka bergambar. Sesuai dengan namanya sebagai Selfie Museum, lokasi sementara yang dibangunkan oleh Samsung ini beroperasi setiap hari dengan bayaran RM40 seorang. Mahal? Mungkin agak berbaloi kerana ianya mempunyai 9 zon untuk bergambar, 5 pencuci mulut secara percuma dan anda boleh mengambil sebanyak mana gambar yang anda mahukan!

Astaka Morroco, Putrajaya

Gambar : The Nat Channel

Luaskan perjalanan anda dengan menghala ke Putrajaya. Di situ terdapat sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Astaka Morroco. Sebuah kawasan yang dibangunkan dengan seni bina Morroco tidak ramai sebenarnya yang mengetahui kewujudannya. Untuk masuk kesini, bayaran RM3 dikenakan untuk seorang.

I-City Shah Alam

Gambar : Concorde Shah Alam

Sukakan permainan taman tema, dibanjiri lampu LED? I-City Shah Alam tidak asing lagi buat pencinta selfie mahupun Insta-famous! Tips kami pergi sahaja pada waktu malam, bukan sahaja cantik malah ianya juga percuma. Port best? Bergambar di hadapan ferris wheel barulah lain dari yang lain!

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Libur

ZEROBASEONE Sambung Aktiviti Kumpulan Selama Dua Bulan Lagi

December 1, 2025
PEEK DAILY

Disalahguna Ejen Coway, Identiti Dipakai Tanpa Kebenaran Hingga Nama Tersangkut CTOS

December 1, 2025
PEEK DAILY

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 – 4 Kali Seminggu

December 1, 2025
Next Post

7 Robot Ini Bakal Mengubah Dunia!

TRENDING

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

October 30, 2025

Asal-Usul Tarian Ulik Mayang: Antara Mistik & Keindahan Seni

October 30, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.