Permainan pertempuran asimetri terbaharu berjudul 7 Days Blood Moons, yang dibangunkan oleh iLLOGIKA dan diterbitkan oleh The Fun Pimps, kini telah tersedia dalam bentuk akses awal bermula 5 November 2025. Tajuk ini dibangunkan berasaskan dunia 7 Days to Die, namun menumpukan konsep perlawanan kompetitif 4 lawan 1.
Harga dan Promosi Pelancaran
Pada fasa akses awal, 7 Days Blood Moons dijual pada harga ¥2,300 (sekitar RM49), dengan promosi diskaun 10% sehingga 12 November 2025, menjadikan harganya ¥2,070 ( sekitar RM44.10). Permainan video ini boleh didapati di platform Steam.
Konsep Permainan
Dalam permainan ini, pemain dibahagikan kepada dua peranan utama:
Survivor (4 pemain)
- Bekerjasama untuk mengumpul sumber seperti peluru, kit perubatan, serta bahan binaan.
- Membina kubu pertahanan untuk menahan serangan zombi.
- Berusaha untuk bertahan daripada gelombang musuh yang semakin meningkat.
Zombie Hive Master (1 pemain)
- Mengawal serangan secara strategik melalui pandangan dari sudut atas (bird’s-eye view).
- Menentukan lokasi kemunculan gelombang zombi.
- Memberikan arahan kepada kumpulan zombi untuk memburu survivor.
- Selain itu, pemain boleh “memasuki” tubuh zombi dan bertempur secara langsung.

Kredit foto: Steam
Pendekatan ini menekankan elemen taktik, koordinasi pasukan, dan pengurusan sumber di kedua-dua pihak.
Tempoh dan Fokus Akses Awal
Fasa akses awal dijangka berlangsung antara 6 hingga 12 bulan. Sepanjang tempoh ini, pihak pembangun merancang untuk menambah baik keseimbangan permainan, prestasi, serta aspek mekanik berdasarkan maklum balas pemain.
Kredit foto: Screenshot trailer

7 Days Blood Moons memperkenalkan variasi kepada formula survival yang sinonim dengan 7 Days to Die dengan menekankan permainan asimetri yang kompetitif.
Bagi pemain yang menggemari permainan berpasukan dengan elemen strategi, permainan video ini menawarkan pengalaman yang lebih fokus dan bervariasi berbanding permainan survival tradisional.
Kredit foto: Screenshot trailer



