Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Life

5 Sebab Media Sosial Buat Kita Rasa “FOMO” Setiap Hari

by Farah Fatihah
October 16, 2025
in Life, PEEK DAILY, Sosial, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Pernahkah anda berasa seolah-olah tertinggal sesuatu setiap kali scroll media sosial? Jika ya, anda tidak keseorangan.

Fenomena ini dikenali sebagai FOMO atau Fear of Missing Out iaitu perasaan takut ketinggalan terhadap aktiviti, “trend” atau gaya hidup yang sedang dinikmati oleh orang lain.

Namun, apa sebenarnya yang menyebabkan media sosial mencetuskan rasa FOMO dalam kalangan pengguna? Jom kita tengok 5 sebab utama.

1. Perbandingan Sosial

Media sosial secara tidak langsung mendorong kita membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain. Apabila melihat kawan melancong, makan makanan yang “famous” atau meraikan kejayaan, perasaan rendah diri dan kekurangan mudah timbul dalam diri

2. Kehidupan yang Dipaparkan Tidak Sepenuhnya Realiti

Kebanyakan orang hanya menunjukkan sisi terbaik kehidupan mereka di media sosial. Gambar atau video yang menunjukkan aktiviti menarik mencipta persepsi bahawa hidup mereka sempurna, sedangkan hakikatnya mungkin berbeza daripada realiti sebenar.

3. Budaya Trend dan Kandungan Viral

Setiap hari muncul pelbagai trend baharu daripada sketsa ikut isu semasa, lagu yang “viral” hingga meme “popular”. Keinginan untuk kekal relevan membuatkan ramai berasa perlu mengikuti arus tersebut walaupun tidak berminat, semata-mata kerana takut dianggap ketinggalan.

4. Pendedahan Berterusan Terhadap Kandungan

Platform media sosial beroperasi tanpa henti, menawarkan aliran kandungan baharu setiap masa. Keadaan ini boleh menyebabkan pengguna berasa tertekan apabila terlalu kerap melihat kehidupan orang lain yang kelihatan lebih menarik dan sempurna.

5. Rasa Takut Menyesal atau ‘Regret’

FOMO juga berpunca daripada kebimbangan akan menyesal jika tidak menyertai sesuatu perkara. Contohnya, acara yang penting atau promosi terhad sering mendorong masyarakat membuat keputusan tergesa-gesa kerana takut terlepas peluang.

Kesimpulannya, rasa FOMO merupakan antara cabaran terbesar dalam era digital hari ini. Justeru, masyarakat perlu lebih sedar terhadap corak penggunaan media sosial masing-masing.

Belajar untuk menikmati kehidupan sebenar, menghargai diri sendiri dan mengimbangi antara dunia maya serta realiti adalah kunci untuk hidup dengan lebih tenang dan seimbang.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Tak Sangka! Demon Slayer Dah Potong Naruto Dalam Jualan Manga Jepun

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.