Nampaknya Samsung mahu tampil dengan rekaan yang berbeza pula kali ini. Mana tidaknya dikatakan telefon bimbit Galaxy Note 10 yang bakal keluar ini tidak mempunyai sebarang butang fizikal langsung!
Telefon bimbit Galaxy Note 10 yang terbaru ini tidak memiliki butang volume dan butang power pada badan telefon. Segalanya menggunakan sensor dengan mengesan pergerakan tangan bagi menghidupkan telefon atau menaik dan menurunkan volume telefon.
Telefon bimbit yang buttonless bukanlah perkara baru dan ia kini seloah-oleh telah menjadi trend terbaru dan Samsung pula menunjukkan gajet keluarannya menuju ke arah penghasilan telefon bimbit yang buttonless.
Walau bagaimanapun, masih banyak lagi masa bagi Samsung dalam pengeluaran telefon bimbit Galaxy Note 10 yang baru ini dan mungkin juga akan ada perubahan lain yang bakal atau ingin di lakukan oleh pihak Samsung sendiri.
Apa-apa pun sama-samalah kita nanti kemunculan telefon ini nanti di pasaran dunia!