Secara jujuran, selalunya makanan akan dilihat tidak menjolok mata kerana warna semula jadi. Untuk mengatasi masalah ini, industri makanan menggunakan pewarna makanan. Melalui ini ia dapat menghasilkan warna menarik dan menggoda selera.
Namun begitu, adakah penggunaan pewarna makanan sihat sebenarnya?
Untuk memulakan ia sebenarnya ada dua jenis:
- Pewarna semula jadi
- Ia diperoleh daripada bahan tumbuhan, buahan, haiwan, dan mineral semula jadi
- Contohnya, kunyit memberi warna kuning, daun pandan warna hijau, dan bit merah dan bunga telang warna merah dan ungu masing-masing
- Biasanya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan lebih muda diproses
Pearna sintetis
- Ia diperoleh melalui campuran bahan kimia
- Hanya dihasil dalam makmal dan melalui proses kimia
- Digunakan secara meluas kerana warna lebih terang, tahan lama, dan muda dihasilkan
Namun begitu, pewarna sintetis, dengan kelebihannya, hendaklah digunakan dalam keadaan terkawal dengan ketat; Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamtan dan Kualiti Makanan menetapkan senarai bahan pewarna yang dibernarkan serta had penggunaan.
Tetapi, bahan kimia seperti Rhodamine B dan Auramine O diharamkan akibat berpotensi mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan; walaubagaimanapun, kedua-dua bahan sering disalahgunakan oleh sesetengah pengusaha makanan menggunakannya juga kerana warna yang menarik dan kos yang rendah, malah tidak bertanggungjawab,
Oleh sebab ini, ini adalah kesan yang boleh berlaku:
- Alahan kulit
- Masalah pernafasan
- Gangguan tingkah laku (hiperaktifan kanak-kanak)
- Berisiko kanser dan kerosankan organ dalaman (hati dan buah pinggang) dalam jangka panjang
- Untuk pengusaha makanan, reputasi perniagaan terjejas jika pelanggannya sering sakit
Oleh demikian, terdapat langkah penyelesaian diambil:
- Kerajaan dan pihak kuasa meneruskan penyelenggaraan penggunaan pewarna
- Kesedaran pengguna dalam pengawalan penggunaan pewarna makanan
- Pengguna harus membaca label bungkusan makanan dan mengelak produk yang menggunaka pewarna tidak diketahui asal-usulnya
- Makanan yang warnanya terang, tidak semula jadi, atau dijual dengan harga murah harus dielakkan
- Pengusaha makanan hendakalh bertanggungjawab dengan penggunaan pewarna dilulusakan dan memtahui kadar penggunaan ditetapkan
- Digalakkan meggunakan pewarna semula jadi kerana lebih selamat
Kesimpulannya, walaupun pewarna makanan berpotensi memberi kesan buruk, namun dengan langkah-langkah yang boleh diambil, ia sebenarnya boleh digunakan dengan baik.
Rujukan: Detikbali, Alodokter, Global Solusi Ingredia, Hellosehat











