Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Caj RM10 Perlindungan Scam, Tindakan Telco Disifatkan Tidak Wajar

by Ayu Ieranatasya
November 13, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Tindakan beberapa syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj RM10 sebulan bagi perkhidmatan perlindungan scam disifatkan tidak wajar dan bercanggah dengan tanggungjawab asas penyedia perkhidmatan terhadap keselamatan pengguna.

Keselamatan Digital Adalah Hak Asas

Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM, Prof Madya Dr Mohamad Yusof Darus, menegaskan keselamatan digital tidak sepatutnya dijadikan produk berbayar kerana ia hak asas setiap pelanggan.

Academic StaffPensyarah Fakulti Sains Komputer, Mohamad Yusof Darus. Foto – Ihsan UiTM

“Apabila keselamatan dijadikan produk premium, ia seolah-olah menukar perlindungan asas kepada bentuk keuntungan, sedangkan kepercayaan terhadap jaringan komunikasi bergantung kepada jaminan keselamatan menyeluruh,” katanya.

Beliau turut menambah, pelanggan yang tidak melanggan pakej perlindungan tidak seharusnya berisiko lebih tinggi menjadi mangsa penipuan kerana ancaman itu berpunca daripada kelemahan sistem rangkaian, bukan pilihan pengguna.

Tanggungjawab Asas Telco

Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, T Saravanan, berkata keselamatan pengguna adalah sebahagian daripada kos operasi yang perlu ditanggung telco, bukan dijadikan sumber keuntungan baharu.

“Caj tambahan hanya wajar bagi perlindungan tambahan yang benar-benar premium, bukan untuk ciri asas seperti penapisan panggilan, amaran SMS mencurigakan atau penyekatan laman phishing,” jelasnya.

Beliau turut bimbang caj RM10 sebulan akan membebankan pengguna, terutama golongan B40 dan M40 yang berdepan kos sara hidup tinggi, serta mewujudkan “paywall keselamatan” di mana hanya pengguna mampu bayar akan mendapat perlindungan lebih baik.

Ancaman Scam Semakin Serius

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 47,854 kes penipuan dalam talian dilaporkan antara Januari hingga September tahun ini, dengan kerugian mencecah RM1.9 bilion, meningkat berbanding 35,368 kes pada 2024.

Data panggilan penipuan dan jumlah kerugian #statistik #jenayahdalamtalian #penipuan #mcmc Bernama | Statistik jenayah dalam talian #statistik #jenayahdalamtalian #penipuan #mcmc @skmm_mcmc | Instagram Foto: MCMC

Kerajaan sebelum ini menegaskan akan memperkukuh undang-undang dan langkah keselamatan digital bagi mengekang jenayah siber yang semakin meningkat.

Pakar dan persatuan pengguna sependapat bahawa keselamatan digital harus menjadi tanggungjawab asas telco, bukan dijadikan komoditi berbayar. Telco digesa menilai semula dasar ini dan menyediakan perlindungan menyeluruh kepada semua pelanggan tanpa mengira kemampuan.

Sumber: Berita Harian

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

Makkah Dilanda Banjir Kilat Selepas Hujan Lebat, Kenderaan Terkandas Dalam Air Deras

  • 313 Followers

Recommended

Motorola Perkenalkan Telefon Bimbit Fleksibel di MWC 2024, Boleh Digulung Menjadi Gelang

February 27, 2024
Foto: Phone World

Nantikan WhatsApp Bakal Punya Mod Gelap

March 29, 2019
Foto: Wilton Bulletin

5 Sekolah Kayu Tertua Yang Masih Wujud Di Amerika Syarikat

March 14, 2019
Foto: Skyhigh Networks

Tips Bagaimana Hasilkan Password Yang Bersekuriti Tinggi Dan Kuat

April 2, 2019
Foto: The Verge

Samsung Galaxy A30 Dan A50 Harga Bermula RM799

February 28, 2019
Foto: Hitech Century

HONOR 8C Kini Secara Rasminya Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM599

March 26, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.