Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Jelajah Malaysia Digital @ Sabah Pacu Transformasi Ekonomi dan Keterangkuman Digital Negara

by Iffah Najwa
November 11, 2025
in PEEK DAILY
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Agenda memperkasa ekonomi digital negara diteruskan lagi dengan penganjuran Jelajah Malaysia Digital (JMD) @ Sabah di Pasar Taman Semarak, Tawau.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, dan menjadi antara inisiatif utama dalam memperluas manfaat digital kepada rakyat seluruh negara.

Digital Untuk Semua, Bukan Hanya Golongan Elit

Anwar menekankan bahawa pembangunan digital perlu memastikan tiada rakyat yang tertinggal, termasuk komuniti di luar bandar.

“Kalau digital hanya dimanfaat oleh golongan elit bandar, itu bukan keadilan. AI dan teknologi mesti untuk semua, termasuk anak-anak di Tawau, Keningau dan Manik Urai,” katanya.

Beliau menegaskan dasar Kerajaan MADANI menumpukan pada keseimbangan pembangunan antara negeri dan lapisan masyarakat, supaya kemajuan teknologi membawa manfaat kepada rakyat, bukan menambah jurang antara kaya dan miskin.

Ucapan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Komitmen Sabah Dalam Ekonomi Digital

Menurut Kementerian Digital (KD), penganjuran JMD @ Sabah mencerminkan iltizam kerajaan untuk memperkukuh ekosistem digital negeri dan melahirkan masyarakat yang bersedia menghadapi arus ekonomi digital.

Antara pencapaian utama termasuk:

  • Digitalisasi PMKS: Lebih 13,000 usahawan di seluruh negara menerima manfaat melalui Geran Digital PMKS MADANI dengan nilai keseluruhan melebihi RM54.9 juta. Di Sabah sahaja, 2,700 usahawan telah mengadaptasi teknologi sejak 2024 dengan lebih RM3.8 juta geran diagihkan.
  • Kemajuan Digital AgTech: Sabah kini berada di tangga ketiga nasional dalam pelaksanaan Digital AgTech, dengan lebih 80 sistem berasaskan IoT dan AI diterapkan dalam sektor pertanian, ternakan dan akuakultur, bernilai lebih RM1.8 juta.
  • Industri Kandungan Digital Tempatan: Dua syarikat kreatif Sabah – Siung Film Productions dan Studio Ace Productions menerima Geran Kandungan Digital (DCG) bagi projek yang mengetengahkan warisan budaya negeri ke peringkat antarabangsa.

Fokus Pada Keterangkuman dan Pendidikan Digital

Anwar turut menegaskan keperluan membawa pendidikan digital dan kemahiran TVET ke sekolah-sekolah agama, maahad tahfiz dan pondok tradisional.

“Kita ajar AI bukan Anwar Ibrahim, tapi Artificial Intelligence. Kita mahu anak-anak kampung, keluarga miskin pun celik digital,”

Katanya sambil menambah bahawa program MyDigital dan MDEC perlu menjelajah ke semua lapisan masyarakat.

Kerjasama Erat Sabah-Persekutuan

Anwar menekankan kepentingan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, terutama dalam isu pembangunan dan peruntukan.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun Sabah menyumbang sekitar RM10 bilion hasil cukai setahun, kerajaan Persekutuan menyalurkan lebih RM17 bilion kembali ke negeri itu, termasuk RM600 juta pemberian khas interim berdasarkan rundingan MA63.

“Kita bukan rampas hak Sabah, kita tunaikan janji perjanjian MA63. Tapi semua perlu dibincang dengan baik, bukan gaduh di media,”

Sabah Sebagai Pemacu Digital Malaysia Timur

Program JMD @ Sabah bukan sekadar pameran teknologi, tetapi juga platform membina jaringan strategik antara kerajaan, usahawan, dan komuniti setempat.

Program ini merangkumi sesi perkongsian ilmu, klinik digital serta pengumuman penerima Digital AgTech dan Geran Kandungan Digital bagi subsektor utama di Sabah.

Anwar turut memuji usaha Kementerian Digital dan MDEC yang memastikan agenda digitalisasi sampai hingga ke akar umbi.

“Transformasi digital ini bukan untuk Kuala Lumpur sahaja. Kita mahu rakyat di Merotai, di pedalaman Sabah pun rasa manfaatnya,”

Dari kiri ke kanan – YBrs. En. Anuar Fariz Fadzil Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC; YB. Datuk Seri Dr. Hj. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan; YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri dan YB.

Jelajah Diteruskan

Selepas Tawau, siri Jelajah Malaysia Digital akan diteruskan di Sanbay Ballroom, Batu Sapi pada 12 November, dan di Dewan Yu Yuan, Sandakan pada 14 November 2025, sebagai kesinambungan usaha membawa Malaysia ke arah AI Nation 2030.

Dengan pendekatan inklusif dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat, inisiatif ini menjadi simbol bahawa transformasi digital Malaysia bukan hanya tentang teknologi tetapi mengenai manusia di sebaliknya.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

Pilihan Bijak Pelancong Sempena 11.11, Tawaran Eksklusif AirAsia MOVE Bawa Penjimatan

  • 313 Followers

Recommended

Peningkatan Kes Influenza Di Malaysia: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

October 9, 2025

MATRADE & China Construction Bank Catat 95 Hasrat Kolaborasi Baharu di CAEXPO 2025

October 8, 2025

Toyota – Tambat Hati Generasi Muda Dengan Kereta Model Terbaru TGR Tahun 2019

January 25, 2019

Dibaluti Emas & Kulit Buaya, iPhone X Edisi Terhad Berharga RM 16 Ribu

October 23, 2017
Foto: Techno Bezz

Samsung Galaxy S10 Bermula Pada Harga RM2699 – Pre Order Bermula 22 Februari

February 21, 2019
Foto: Peta Pixel

Signal Wi-Fi Kelihatan Seperti Makhluk Halus?

January 29, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.