Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

MOT Cari Jalan Luas FLYSiswa Untuk Pelajar IPTS – Anthony Loke

by Ayu Ieranatasya
November 5, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN, Uncategorized
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti langkah bagi memperluaskan inisiatif FLYSiswa  bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sebanyak RM400 kepada pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang memerlukan.

Menterinya, Anthony Loke berkata kerajaan sedar terdapat ramai pelajar IPTS yang turut layak menerima bantuan tersebut, namun kekangan kewangan semasa menjadi cabaran utama bagi peluasan inisiatif itu.

Ministry of Transport Malaysia

Anthony loke

“Kalau hendak diperluaskan kepada pelajar IPTS, jumlahnya sangat besar. Bukannya kerajaan tidak mahu, tetapi ia melibatkan kekangan kewangan. Kalau seorang pelajar menerima RM400 dan ada 100,000 pelajar, itu sudah mencecah RM40 juta,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, menjawab pertanyaan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN–Setiu) mengenai sama ada MOT berhasrat memperluas kelayakan FLYSiswa kepada pelajar IPTS.

Fokus Kepada Pelajar Yang Memerlukan

Menurut Anthony Loke, walaupun berdepan kekangan, kerajaan tetap akan mencari jalan untuk membantu pelajar IPTS yang benar-benar memerlukan di bawah inisiatif FLYSiswa.

Buat masa ini, baucar tiket penerbangan bernilai RM400 diberikan kepada pelajar di peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk politeknik dan kolej perguruan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya, bantuan ini sangat penting bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia untuk memudahkan mereka berulang-alik ke kampung halaman.

Subsidi Dinaikkan Kepada RM400 Tahun Ini

Inisiatif FLYSiswa mula diperkenalkan pada 2023, dengan kadar bantuan awal sebanyak RM300, sebelum dinaikkan kepada RM400 bermula 1 Januari lalu.

Fail:MOT Logo.png - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Selain itu, Anthony Loke turut memaklumkan bahawa sepanjang tahun ini, MOT telah membelanjakan RM19.5 juta untuk mensubsidikan 39,764 tiket penerbangan melalui inisiatif subsidi tambang siling RM499 bagi laluan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Subsidi ini melibatkan jumlah sebanyak RM491 bagi setiap tiket penerbangan yang layak. Dengan subsidi ini, harga maksimum yang dibayar oleh penumpang hanyalah RM499 walaupun purata harga sebenar tiket adalah RM990,” katanya.

Subsidi Diteruskan Untuk Perayaan Krismas

Menurut beliau, subsidi berkenaan telah dilaksanakan sempena Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan, dan akan diteruskan untuk sambutan Krismas bulan depan.

Purata sebenar tiket penerbangan pada tahun lalu adalah RM1,007, dengan subsidi RM408 bagi setiap tiket, menjadikan harga maksimum yang dibayar penumpang hanya RM599.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

INSENTIF GOMEN

KKM Siapkan Naik Taraf 154 Klinik Di Sabah, Perkhidmatan Kesihatan Kini Lebih Mantap

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Next Post

ERROR: Ai.lien Bakal Hadir 2026 — Kisah Cinta Bersama AI yang Menjadi Mimpi Ngeri

  • 313 Followers

Recommended

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025

ANGKASA-X Ke Angkasa Dengan Satelit Leo Yang Direka Di Malaysia Untuk Kegunaan Asia Tenggara

June 28, 2023

Inspirasi Matahari Terbit! Mungkinkah Ini Kaedah Agrikultur Terbaik?

November 16, 2018
Foto: CNET

Firefox Block Bunyi Dari Video Autoplaying?

February 12, 2019

Inspirasi King Of Sony TV – A9F Master Series Inovasi Terkini

December 4, 2018

Pesta Larian Bermandikan Sinaran Neon Kembali Lagi

November 15, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.