Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Tokyo Anime Award Festival 2026 Dedah Visual Utama, Undian “Anime Fan Award” Kini Dibuka

by Iffah Najwa
November 3, 2025
in PEEK DAILY
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Tokyo Anime Award Festival (TAAF) kembali dengan edisi baharunya untuk tahun 2026. Penganjur kini mendedahkan visual utama rasmi bagi acara berprestij tersebut.

Visual berkenaan dihasilkan oleh pasukan pereka watak yang terdiri daripada Toko Yatabe dan pengarah seni Mai Ichio. Dua nama yang sebelum ini pernah meraih anugerah individu melalui sumbangan mereka terhadap filem The Birth of Kitaro: The Mystery of GeGeGe.

Akan Berlangsung Mac 2026 di Ikebukuro

TAAF 2026 dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 16 Mac 2026 (Jumaat hingga Isnin) di kawasan Ikebukuro, Tokyo. Seperti tahun-tahun sebelumnya, festival ini berfungsi sebagai pentas utama bagi meraikan karya-karya anime terbaik dari seluruh dunia, di samping menjadi titik pertemuan bagi penggiat industri dan peminat animasi Jepun.

Acara tahunan ini turut berperanan memperkukuh kedudukan Tokyo sebagai hab utama industri animasi global, sejajar dengan slogan rasmi mereka: “TOKYO is the HUB of contemporary ANIMATION.”

Undian “Anime Fan Award” Kini Dibuka

Bermula 1 November, undian untuk kategori Anime of the Year, Anime Fan Award telah dibuka kepada umum.

Melalui undian ini, peminat anime dapat memilih karya kegemaran mereka daripada senarai 100 judul anime teratas yang disiarkan, ditayangkan atau distrim antara 1 Oktober 2024 hingga 30 September 2025.

Setiap individu hanya dibenarkan mengundi sekali sehingga 30 November, dengan pilihan maksimum tiga siri TV dan tiga filem. Pengundi perlu mendaftar menggunakan alamat e-mel yang sah bagi melengkapkan proses pengesahan undian.

Daripada 100 karya tersebut, pemilihan akhir bagi kategori “Best Work” (filem dan siri TV) serta “Individual Award” akan ditentukan oleh penggiat industri animasi seperti penerbit, pereka, media dan wakil perniagaan berkaitan anime.

Sementara itu, Anime Fan Award akan dipilih sepenuhnya berdasarkan undian peminat.

13 Tahun Mengangkat Budaya dan Bakat Animasi

Sejak diperkenalkan sebagai festival bebas pada 2014  selepas berpisah daripada Tokyo International Anime Fair yang dianjurkan dari 2002 hingga 2013, TAAF telah menjadi antara acara paling berpengaruh dalam dunia animasi Jepun.

Diterajui oleh Jawatankuasa Eksekutif Tokyo Anime Award Festival bersama Persatuan Animasi Jepun serta Kerajaan Metropolitan Tokyo, festival ini terus komited dalam misi untuk melahirkan bakat baharu, memperkukuh budaya animasi, dan mempromosikan pelancongan bandar Tokyo melalui seni animasi.

Edisi ke-13 TAAF dijangka menarik perhatian ramai apabila ia membuka tirainya Mac tahun depan, menandakan satu lagi perayaan besar buat dunia animasi Jepun.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

BINGKAS: Bantuan Kewangan Macam STR Dan SARA

  • 313 Followers

Recommended

Pasir Mas Masih ‘Uzur’, Perlu Diselamatkan Segera – PLANMalaysia

November 17, 2025
Foto: BGR

Nokia 9 PureView Di Jual Pada Harga USD699 Dan Akan Berada Di Pasaran Tidak Lama Lagi?

February 25, 2019

Asus ZenFone 4 Kini di Malaysia Dengan Harga RM2,099

October 25, 2017

vivo Lancar V25e dan V25 Baru Dengan Prestasi Tinggi

September 13, 2022

Oh, Berlakunya Pelanggaran Data Terhadap Gmail!?

October 29, 2025

Akhirnya Status Halal Luckin Coffee Malaysia Terjawab!

October 29, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.