Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Isu Pengeluaran KWSP Umur 65 Tahun: Cadangan Bank Dunia Dapat Tentangan Rakyat Malaysia

by Farah Fatihah
November 3, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kembali hangat diperkatakan minggu lalu apabila Bank Dunia mencadangkan had umur pengeluaran penuh dinaikkan daripada 55 tahun kepada 65 tahun.

Cadangan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan tinjauan undian yang dijalankan oleh Sinar Harian, hampir 90 peratus rakyat menolak cadangan tersebut.

Ramai berpendapat menunggu sehingga usia 65 tahun untuk menikmati simpanan sendiri adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak praktikal.

Menurut pandangan umum, cadangan itu terlalu berasaskan teori dan angka tanpa mengambil kira realiti kehidupan rakyat biasa yang bekerja keras mencari rezeki sepanjang hayat.

Walaupun jangka hayat rakyat Malaysia kini sekitar 75 tahun, hakikatnya ramai yang sudah berdepan masalah kesihatan dan beban hutang seawal usia 50-an.

Bayangkan, selepas berpuluh-puluh tahun menyimpan, pencarum hanya berpeluang menggunakan wang mereka dalam tempoh sekitar 10 tahun terakhir kehidupan. Pada usia itu, kudrat semakin berkurangan dan kemampuan menikmati hasil simpanan juga mungkin tidak lagi seperti dahulu.

Pakar ekonomi turut berpandangan bahawa isu sebenar bukan pada umur pengeluaran, sebaliknya pada jumlah simpanan yang tidak mencukupi dan kuasa beli rakyat yang semakin lemah.

Oleh itu, kerajaan disarankan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan simpanan dan pendapatan rakyat, bukannya menangguhkan hak mereka untuk mengakses wang sendiri.

Sekiranya kerajaan mahu menggalakkan rakyat menyimpan lebih lama, langkah yang lebih wajar ialah menawarkan insentif khas kepada pencarum yang memilih secara sukarela untuk menangguhkan pengeluaran sehingga umur 65 tahun dan bukannya menjadikan perkara itu sebagai kewajipan kepada semua.

Cadangan Bank Dunia dan Tujuannya

Dalam laporan terbaharunya bertajuk “Should Malaysia Expand Its Social Pension? Global Evidence, Design Issues and Options”, Bank Dunia turut mencadangkan agar umur kelayakan pencen sosial dinaikkan secara berperingkat kepada antara 65 hingga 70 tahun.

Menurut Bank Dunia, langkah ini bertujuan memastikan sistem perlindungan sosial negara kekal mampan selaras dengan peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia yang kini lebih panjang dan sihat.

Cadangan ini juga dikatakan dapat membantu kerajaan menyalurkan bantuan dengan lebih tepat kepada warga emas yang benar-benar memerlukan, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Namun begitu, bagi rakyat Malaysia yang sedang berdepan kos sara hidup yang tinggi, cadangan ini dianggap tidak sesuai dengan realiti semasa.

Ramai berpendapat ia akan menambah tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung sepenuhnya kepada simpanan KWSP selepas bersara.

Selain itu, Bank Dunia turut menegaskan bahawa sebarang kenaikan umur kelayakan perlu disertai dengan peluasan skim pencen sosial kepada lebih ramai penerima agar tidak menjejaskan mereka yang sedia menerima bantuan.

Dengan cara ini, kadar pencen sosial dapat dinaikkan tanpa menambah beban fiskal kerajaan secara mendadak.

Walau bagaimanapun, cadangan ini masih di peringkat kajian dan belum dilaksanakan. Justeru, rakyat dinasihatkan agar tidak panik.

Secara keseluruhannya, cadangan menaikkan umur pengeluaran KWSP kepada 65 tahun mungkin kelihatan “ideal” di atas kertas, namun dari sudut kehidupan sebenar, ia berisiko menzalimi pencarum yang telah bekerja keras seumur hidup.

Apa yang rakyat mahukan bukan sekadar angka dan teori ekonomi, tetapi keadilan untuk menikmati hasil titik peluh mereka pada waktu yang mereka benar-benar perlukan.

SUMBER RUJUKAN: SINAR HARIAN & HARIAN METRO

Share2Tweet1Pin

Related Posts

INSENTIF GOMEN

KKM Siapkan Naik Taraf 154 Klinik Di Sabah, Perkhidmatan Kesihatan Kini Lebih Mantap

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Berita

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025
INSENTIF GOMEN

Apa Malaysia Boleh Ambil Daripada China Dalam Pembelajaran?

November 17, 2025
Next Post

Budak 13 & 15 Tahun Kahwin, Netizen Bingung ‘Kahwin Orang Lain, Orang Lain Pulak Stress’

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Apple Support

Mode ‘Do Not Disturb’ Di iPhone? Apa Fungsinya?

November 7, 2018

MyKar Mengeluarkan Perodua Axia Elektrik

September 27, 2022

Masih Ramai Tak Tahu Apa Itu IMEI, Ini Fungsinya & Cara Untuk Periksa Pada iPhone Anda!

May 24, 2023
Foto: Health Harvard Edu

5 Gajet Fitness Tracker Bajet Khas Untuk Anda!

March 27, 2019

Siapa Sangka, Pelanggan Netflix Baharu Meningkat Selepas Kenakan Caj Tambahan Untuk Perkongsian Akaun

June 13, 2023
Foto: Tech Huanqiu

LG V50 ThinQ 5G Dengan Dual Skrin Bakal Gegarkan Pasaran!

February 25, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.