Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

13 Filem Pecah Panggung Kutip RM164 Juta, Industri Filem Malaysia Kembali Meletup Tahun Ini!

by Ayu Ieranatasya
October 30, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Industri perfileman tempatan terus menunjukkan perkembangan positif apabila sebanyak 59 filem ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang tahun ini, dengan 13 daripadanya berjaya mencatat kutipan pecah panggung berjumlah RM164.02 juta sehingga Oktober 2025.

Official Portal Of Ministry Of Communications - Category: YB TEO NIE CHING MEMULAKAN TUGAS TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL PADA 12 DISEMBER 2022 - Image: YB TEO NIE CHING MEMULAKAN TUGAS TIMBALAN

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata angka itu menunjukkan pertumbuhan sihat dalam sektor filem negara walaupun berdepan cabaran ekonomi dan persaingan global.

“Pada tahun 2024, Malaysia menghasilkan 58 filem dengan 13 daripadanya pecah panggung mengutip RM117.19 juta, manakala pada 2023 pula sebanyak 62 filem diterbitkan dan 16 berjaya mencatat kutipan RM102.66 juta,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak Filem dan TV ASEAN 2025 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.

Dana Khas Untuk Kandungan TV & Kerjasama Serantau

Dalam ucapannya, Teo turut mendedahkan bahawa FINAS bakal mengkaji penubuhan Dana Penerbitan Bersama khas bagi format televisyen bagi memperkukuh sokongan terhadap kandungan tempatan.

Dana ini juga akan membuka peluang penerbitan bersama antara negara ASEAN dan meneroka potensi pasaran serantau yang semakin berkembang.

“Apabila kita bergerak bersama, label ‘Dihasilkan di ASEAN’ boleh menjadi lambang kebanggaan dan kecemerlangan kreatif yang diiktiraf di seluruh dunia,” katanya.

RM1.05 Bilion Pelaburan Ditarik Melalui FIMI

Teo turut memaklumkan bahawa sebanyak 149 projek telah diluluskan di bawah Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) yang merangkumi 56 produksi antarabangsa dan 93 tempatan.

Melalui insentif ini, kerajaan telah menyalurkan lebih RM189.9 juta dalam bentuk rebat, sekali gus menarik pelaburan langsung bernilai RM1.05 bilion ke dalam industri kreatif Malaysia dan mewujudkan 13,041 peluang pekerjaan.

Bagi Belanjawan 2025, sebanyak RM40 juta diperuntukkan kepada FIMI, dengan RM39.28 juta telah disalurkan bagi 32 projek (12 antarabangsa, 20 tempatan) setakat September 2025  menjana 2,766 peluang pekerjaan baharu.

ASEAN Jadi Hab Kreatif Dunia

Sidang Kemuncak Filem dan TV ASEAN 2025 Siri 2 kali ini berjaya menghimpunkan lebih 300 peserta dari 10 negara ASEAN, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Kemboja, Filipina, dan Singapura.

Acara tiga hari itu diisi dengan sesi perbincangan panel, bengkel filem, pertukaran MoU penerbitan bersama antarabangsa, serta deklarasi Belia Kreatif ASEAN.

Program anjuran bersama Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan FINAS ini bertujuan memperkukuh kerjasama serantau, menggalakkan penerbitan bersama, serta meletakkan Asia Tenggara sebagai hab kreatif bertaraf dunia.

Sumber: BERNAMA

Share2Tweet1Pin

Related Posts

INSENTIF GOMEN

KKM Siapkan Naik Taraf 154 Klinik Di Sabah, Perkhidmatan Kesihatan Kini Lebih Mantap

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Berita

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025
INSENTIF GOMEN

Apa Malaysia Boleh Ambil Daripada China Dalam Pembelajaran?

November 17, 2025
Next Post

Resident Evil™ Requiem Buka Pra-tempahan Serentak Seluruh Dunia

  • 313 Followers

Recommended

5 Alasan Kenapa Realme 2 Pro Sesuai Untuk Generasi Muda

November 10, 2018

AirAsia X Raikan 18 Tahun Dengan Tawaran Tiket Murah Ke Banyak Tempat Menarik!

October 28, 2025
Foto: Tech Advisor

8 Telefon Bimbit Pintar Terbaik Bagi Tahun 2018 – 2019

January 23, 2019

How big data analytics help hotels gain customers’ loyalty

September 19, 2025
Foto: Tech Crunch

Malware – 14 Aplikasi Di Apple App Store Telah Di Jangkiti Virus?

January 8, 2019

BLACKPINK Duta Pertama Shopee Di Serantau Asia!

November 23, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.