Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Nampak Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Perbezaan Antara LRT dan MRT

by Farah Fatihah
October 29, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: Klcityscapes

Ramai masih keliru antara sistem LRT dan MRT di Malaysia kerana kedua-duanya kelihatan hampir sama dari segi rupa dan fungsi.

Namun, di sebalik persamaan itu, terdapat perbezaan ketara dari aspek teknologi, kapasiti, serta peranan masing-masing dalam sistem pengangkutan awam negara.

1.LRT (Light Rail Transit)

Sumber: Trainspottinghk

Sistem tren ringan yang mula beroperasi sejak tahun 1996, menjadikannya antara sistem pengangkutan moden terawal di Malaysia. Laluan seperti Kelana Jaya Line, Ampang Line, dan Sri Petaling Line berada di bawah kategori ini.

LRT direka khusus untuk perjalanan jarak sederhana dalam kawasan bandar dan pinggir bandar. Tren LRT bersaiz lebih kecil dan ringan, dengan laluan yang kebanyakannya dibina di atas jejantas atau landasan tinggi.

Reka bentuk ini membolehkan LRT beroperasi di kawasan padat tanpa mengganggu lalu lintas jalan raya. Selain itu, ia juga mempunyai kekerapan perjalanan yang tinggi pada waktu puncak, menjadikannya pilihan utama bagi penumpang harian.

2. MRT (Mass Rapid Transit)

Sumber: Suaramerdeka

Sistem tren berskala besar yang menggunakan teknologi lebih moden. Projek ini mula diperkenalkan pada tahun 2016 di bawah seliaan MRT Corporation, dengan laluan utama seperti MRT Kajang Line dan MRT Putrajaya Line.

MRT direka untuk menampung jumlah penumpang yang lebih ramai sehingga 1,200 orang dalam satu tren, berbanding sekitar 700 hingga 800 penumpang bagi tren LRT.

Sistem ini turut beroperasi pada laluan yang lebih panjang dan melibatkan segmen bawah tanah, menjadikannya lebih efisien untuk perjalanan jarak jauh.

Kedua-duanya saling melengkapi iaitu LRT untuk perjalanan bandar, MRT untuk perjalanan jarak jauh yang lebih pantas dan selesa.

LRT dan MRT memainkan peranan penting dalam membentuk rangkaian pengangkutan awam Malaysia yang cekap, selamat dan bersepadu.

Jadi, lain kali nampak tren meluncur laju di bandar, jangan keliru, yang kecil dan ringan itu LRT, yang besar dan moden itu MRT!

SUMBER RUJUKAN: EGURU

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

TVET Dapat Suntikan RM7.9 Bilion, Peluang Anak Muda Kuasai Bidang Kemahiran

  • 313 Followers

Recommended

Apa Yang Terdapat Di Pulau Rawa?

November 17, 2025

Nampak Sama Tapi Tak Serupa! Ini Beza Matcha Dan Green Tea Yang Ramai Tak Tahu

October 16, 2025
Foto: Motor1

Bernilai RM54 Juta! Beginilah Mewahnya Kereta Termahal Di Dunia

November 14, 2018

Guna Kod QR Jadi Fenomena ‘Salam Kaut’ Majlis Kahwin Kini

November 18, 2025
Foto: Focal

Headphone Termahal Di Dunia? Ini Dia 6 Harga Yang Tak masuk Akal!

December 5, 2018

iPhone 8 Menerima Potongan Harga Sehingga 20% Di China

November 1, 2017
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.