Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

Serenity Forge Lancar Demo Fractured Blooms, Gabung Unsur Seram Psikologi dan Simulasi Kehidupan

by Iffah Najwa
October 28, 2025
in Games, PEEK DAILY
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Demo Kini Tersedia di Steam

Pembangun dan penerbit permainan video terkenal, Serenity Forge, kini memperkenalkan Fractured Blooms.

Sebuah permainan yang kelihatan seperti simulasi kehidupan yang tenang namun perlahan-lahan berubah menjadi pengalaman seram psikologi yang bakal mengganggu minda. Demo permainan ini kini boleh dimainkan secara percuma di Steam.

Diumumkan secara rasmi semasa Summer Game Fest 2025, Fractured Blooms mengisahkan tentang Angie, seorang remaja perempuan yang terperangkap dalam kitaran masa tanpa penghujung.

Dalam setiap pusingan, pemain perlu membantu Angie menjaga kebun, memasak makanan, dan membersihkan rumah di kawasan desa yang kelihatan damai.

Namun, di sebalik rutin harian itu tersembunyi rahsia gelap yang menguji kewarasan dan ketahanan diri pemain.

Gabungan Ketenangan dan Ketakutan

Diinspirasikan daripada kisah benar, permainan ini mengajak pemain merasai ketakutan melalui perbuatan yang kelihatan penuh kasih seperti menjaga tanaman dan menyediakan makanan.

Setiap tindakan membawa makna tersirat yang semakin berat apabila jalan cerita semakin berkembang.

Demo berdurasi 30 hingga 40 minit ini menyentuh tema trauma, kesedihan, tekanan mental, serta imej disturbing yang mungkin mengganggu sesetengah pemain.

Menurut ulasan awal di media sosial, Fractured Blooms dipuji kerana keupayaannya menukar suasana damai menjadi ketegangan psikologi yang mendalam.

Walau bagaimanapun, sebahagian pemain menegaskan bahawa aspek tempo dan kedalaman naratif masih boleh diperhalusi menjelang versi penuh.

Untuk pengalaman terbaik, Serenity Forge mengesyorkan pemain menggunakan Xbox controller, memakai headphone, dan bermain dalam suasana yang gelap.

Demo Fractured Blooms kini boleh dimuat turun melalui Steam, sementara maklumat lanjut mengenai keluaran digital dan fizikal Serenity Forge boleh didapati di laman web rasmi serta platform media sosial mereka.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

Panggilan Senyap Dikira Sebagai Telefon Penipuan Juga!

  • 313 Followers

Recommended

[VIDEO] Sebab Sidang Kemuncak ASEAN Diadakan Di Kuala Lumpur, Bukan Putrajaya

October 29, 2025
Foto: Amanz

Samsung Galaxy A50 Dan Galaxy A30 Telah Memasuki Pasaran Malaysia

March 19, 2019
Foto: Pocket Now

Samsung Galaxy S10 5G Bakal Dilancarkan Di Korea?

March 25, 2019

5 Alasan Kenapa Realme 2 Pro Sesuai Untuk Generasi Muda

November 10, 2018

Menilai Kamera Selfie Oppo F5, Ini Hasil Gambarnya

October 31, 2017

Jutaan Pengguna Sudah Tertipu Dengan Aplikasi WhatsApp Palsu

November 6, 2017
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.