Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Isu Penyewa Rumah Tular, Apa Hak Pemilik Bila Harta Dirosakkan?

by Ayu Ieranatasya
October 28, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah seorang pemilik rumah yang berkongsi keadaan kediamannya berubah seperti tapak pelupusan sampah selepas disewa selama dua tahun menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @ftnramlie itu mengundang rasa simpati ramai dan membuka semula perbincangan tentang hak pemilik rumah serta tanggungjawab penyewa.

Menurut pemilik akaun TikTok berkenaan, rumah yang terletak di sebuah kawasan di Kuala Lumpur itu pada awalnya diserahkan dalam keadaan terjaga dan kemas kerana turut dilengkapi beberapa perabot asas demi keselesaan penyewa.

Keadaan sebenar rumah sebelum diberikan kepada penyewa

Namun, keadaan rumah itu jauh berubah apabila dia membuat pemeriksaan selepas bil utiliti melambung tinggi.

“Penyewa dari neraka. Saya sewakan sekali perabot. Rumah masa bagi memang bersih. Tapi bila kami datang, terus rasa macam nak menangis.

“Barang berlonggok, sampah merata. Bil air pula mencanak sampai RM200 lebih,” luahnya pada Ahad.

Katanya, penyewa tersebut juga sering lewat membuat bayaran sewa selain mempunyai tunggakan bil elektrik dan air yang tinggi. Lebih memeningkan, penyewa itu enggan berpindah walaupun diberi notis dan masa yang mencukupi.


Berikutan insiden tersebut, ramai netizen tertanya-tanya hak pemilik rumah sekiranya penyewa enggan keluar atau merosakkan harta benda?

Berikut antara maklumat penting yang perlu diketahuai antaranya:

Pemilik rumah perlu mempunyai perjanjian bertulis yang menyenaraikan kadar sewa, tempoh, tanggungjawab dan syarat penamatan.Dokumen ini penting untuk dijadikan bukti sekiranya berlaku pertikaian di mahkamah.

Pemilik rumah tidak boleh mengusir penyewa secara paksa tanpa perintah mahkamah. Jika penyewa enggan keluar selepas notis diberikan, laporan boleh dibuat kepada polis dan mahkamah sivil untuk tindakan lanjut.

Jika harta benda rosak akibat kecuaian penyewa, pemilik boleh menuntut ganti rugi melalui Mahkamah Tuntutan Kecil.Deposit sewa hanya boleh digunakan untuk menampung sebahagian kerosakan atau tunggakan, bukan semua.

Sekiranya penyewa mempunyai masalah kesihatan mental, pihak berkuasa boleh melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu proses pengusiran secara berhemah.

Kisah yang tular ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak baik pemilik mahupun penyewa agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam urusan sewaan rumah.

Perjanjian yang jelas dan komunikasi yang baik boleh mengelakkan situasi “penyewa dari neraka”

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

Isu Bayaran Jurugambar RM300 Cetus Perdebatan, Nilai Tenaga Kreatif Perlu Dihargai

  • 313 Followers

Recommended

Apple Menempatkan Pejabat Baharu di Battersea Power Station Milik Malaysia

September 29, 2022

7 Trending Game Dalam Aplikasi Facebook!

November 22, 2018

Ini Alasan Kenapa vivo X90 Pro Sesuai Dijadikan Hadiah Istimewa Untuk Hari Bapa

June 16, 2023

Kad NFC Touch ‘n Go Dijual Mahal ?

October 3, 2022

Akhirnya Status Halal Luckin Coffee Malaysia Terjawab!

October 29, 2025

Pengalaman Salji Turun Di Johor Disember Ini

November 21, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.