Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Kabus Tebal, Jeritan & Misteri! Halloween Haunted Highlands Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands

by Ayu Ieranatasya
October 27, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kabus tebal yang menyelimuti puncak Genting Highlands kali ni bukan sekadar sejuk dan berkabus tetapi penuh vibes misteri dan seram.

Resorts World Genting kembali lagi dengan festival tahunan paling menyeramkan, Halloween Haunted Highlands 2025 yang berlangsung dari 10 Oktober hingga 9 November. Selama sebulan penuh, kawasan pergunungan sejuk ini akan bertukar menjadi dunia ghaib yang padat dengan mitos, budaya Timur-Barat dan pelbagai pengalaman seram yang bakal menguji keberanian korang.

Gohtong Way bertukar menjadi laluan mistik

Ketika senja berlabuh, Gohtong Way diselubungi cahaya tanglung merah berkelipan dan labu berwajah ngeri. Di setiap sudut, jaring labah-labah, patung hantu, dan aroma misteri udara pergunungan mewujudkan suasana seram yang memukau.

Inilah laluan ke Jambatan Jiwa Sesat, pintu masuk ke alam sumpahan Meng Po, penjaga dunia bawah tanah. Di sinilah pengunjung akan ‘diuji’ oleh Eliksir Pelupa, kononnya penentu nasib sama ada mereka bakal menyeberang ke dunia manusia atau kekal di Alam Sana.

Rumah hantu dengan kisah cinta terlarang

Kemuncak festival ni pastinya Rumah Hantu Haunted Highlands, yang pastinya tahun ini muncul dengan tema baharu, kisah cinta terlarang dan pengantin yang hilang. Terletak di Crazy 88s Cocktail Den, rumah hantu ni bukan sekadar lorong gelap penuh jeritan, tatapi sebuah misi menyingkap misteri yang perlu diselesaikan.

Dengan sekeping kad jemputan, pengunjung perlu mencari petunjuk untuk menyatukan dua jiwa malang itu atau dihukum merayau dalam kegelapan buat selama-lamanya.

Bonediddy & karnival misteri yang hidup bila malam!

Belum cukup seram? Bersiap sedia untuk berjumpa dengan Bonediddy, si pengusik maut yang menjadi ‘ikon’ festival tahun ini. Senyum serong dengan tawa mengerikan, watak ini berkeliaran mencari ‘mangsa’.

Sepanjang festival, kawasan sekitar bertukar jadi karnival misteri yang penuh makanan bertema Halloween, muzik dan pertunjukan jalanan.

Antara hidangan wajib cuba termasuk Haunted Vampire Beef Burger, Spider Web Pumpkin Soup dan Ayam Mini Bloody Hell Spices di Trattoria Il Lago. Tidak lupa dengan minuman eksklusif seperti Zombie Bite dan Haunted Night Cocktail atau moktel Meng Po Tang. Kalian jangan lepaskan peluang!

Persembahan seram, makeup booth menjadi tarikan eksklusif!

Menjelang malam, suasana makin meriah dengan Dead Man March-ing persembahan jalanan penuh muzik, tarian dan aksi menyeramkan.

Setiap khamis hingga sabtu, pengunjung akan disajikan dengan show berbeza dari teater seram hingga aksi live performance yang buat bulu roma berdiri!

Untuk korang yang nak transform masuk dunia seram sepenuhnya, ada juga ruang solekan bertema Halloween dan ruang foto seram khas. Siap ada barangan edisi terhad untuk korang bawa balik sebagai kenangan.

Kalau jenis sukakan cabaran pula, jangan lepaskan peluang untuk cuba tarikan eksklusif Planet of the Apes, Independence Day: Defiance, dan ESD Global Defender yang dibuka dari jam 6 petang hingga 9 malam setiap Khamis hingga Sabtu.

Menariknya, masuk kawasan festival ni percuma dengan akses mudah melalui SkyAvenue Gateway, Zouk Atrium, Park Avenue Lounge dan Arena of Stars.

Untuk info lanjut, layari Resorts World Genting

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

AirAsia X Raikan 18 Tahun Dengan Tawaran Tiket Murah Ke Banyak Tempat Menarik!

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Geeks ULTD

7 Telefon Bimbit Pintar Mid-Range Class Untuk Gajet Hunter!

March 28, 2019

Sebanyak 546% Tweet K-Content Berkembang Secara Meluas Di Twitter

September 7, 2022

Important things to do before switching from iPhone X to Google Pixel 3XL

October 19, 2025

Apa Anda Perlu Mengetahui Tentang Fenomena La Nina

October 29, 2025

Intip Sejarah Industri Teknologi Pembuatan Berjenama Terkemuka Hitachi Ini!

November 23, 2018

Peminat Dron? Jom Tengok Kelebihan DJI Mini 4 Pro Yang Baharu Dilancarkan

September 26, 2023
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.